Starbucks Perkenal Tiga Minuman Baru Sempena Ramadan

Turut diinspirasikan daripada minuman ‘Air Jagung’ kegemaran ramai.

Starbucks Malaysia meraikan kehadiran Ramadan tahun ini dengan memperkenalkan tiga minuman baru iaitu Tropical Triple Citrus, Oolong Jelly Matcha Royale dan Caramel Sweet Corn Frappuccino.

Ia antara minuman Tea-Ology dengan campuran terbaik dari teh premium Teavana dan juga buah-buahan bermusim. Malah, dicipta dengan cara yang sangat lazat untuk anda yang sukakan minuman teh. Sama ada untuk berbuka puasa, mahupun minuman lewat malam.

Turut menampilkan jenis pilihan penyediaan teh yang inovatif dan juga premium. Anda pasti akan lebih selera kerana nota teh yang dihasilkan ini kaya dengan keseimbangan dan sajian tropika yang cukup menakjubkan.

1 of 7

Tropical Triple Citrus

Dilengkapi dengan nota teh hijau Teavana, Emperor’s Clouds & Mist. Memiliki tiga campuran jus iaitu  jus oren, anggur dan lemon, serta dihiasi dengan kepingan buah oren. Ia juga dapat menjadikan setiap hari anda seakan-akan percutian tropika. Malah, cawannya yang kelihatan menyegarkan itu juga dapat membantu tekak anda terasa sejuk pada hari musim panas.

1 of 7