10 Cara Menghargai Isteri

1O perkara anda harus sering lakukan kepada isteri sebagai tanda anda menghargai dirinya.

Hargailah isteri yang sudi berkongsi hidup dengan anda. Pengorbanan dan kesetiaannya tiada bandingan malah mereka tidak pernah mengharap balasan. Sebagai suami, anda harus pandai mengambil hati mereka. Jangan biarkan dia berjauh hati kerana ini akan memberi kesan yang teruk kepada perhubungan itu. Bagi menyemarakkan lagi cinta yang terjalin, suami perlu sentiasa memikat hati si isteri. Jadilah suami yang terbaik dengan mengutamakan isteri berbanding perkara lain.

03b80567

Sentiasa memeluknya

Biarpun si isteri tidak pernah meminta, tetapi sebagai suami anda harus sering memeluk dirinya. Manjakan isteri anda dengan cara sebegini membuatkan dia rasa dihargai dan disayangi. Isteri juga seperti anak yang suka dimanja.

Bawa anak keluar

Perkara ini nampak mudah tetapi ia sangat memberi kesan kepada isteri yang sepanjang masa menjaga anak. Ubati keletihannya dengan mengambil tugas menjaga anak sebentar. Bagi ruang kepada isteri untuk berehat dan memanjakan dirinya seketika. Pasti dia gembira.

Makan malam di luar

Bagi isteri yang bekerja, pasti membebankan jika perlu menyediakan makan malam selepas pulang dari pejabat. Apa salahnya jika sesekali anda bawa pulang makan malam atau bawa keluarga untuk makan di luar. Pasti keletihannya dapat diubati dengan bantuan kecil ini.

Jadilah lelaki sejati

Jika sewaktu sedang hangat bercinta anda boleh memanjakan isteri anda, Kenapa tidak diteruskan sehingga selepas berumahtangga. Bukakan pintu untuknya dan pegang tangannya setiap kali keluar bersama. Bercakaplah dengan nada yang lembut barulah dia gembira.

Solat bersama

Ramai yang ambil mudah mengenai perkara ini. Tetapi tidakkah anda sedar,dengan menjadi imamnya isteri akan rasa lebih dilindungi.

Jadilah pendengar setia

Isteri anda suka bercakap. Layanlah dia berbual. Dengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya tanpa memberi sebarang komen atau kritikan. Dia mahu meluahkan perasaan kepada seseorang dan suamilah tempat yang paling sesuai untuk dia berkongsi rasa. Isteri gembira suami bahagia bukan?

Hargai dirinya

Tanda penghargaan tidak perlu ditunjukkan dengan memberinya hadiah. anda boleh menghargai pengorbanan si isteri dengan membantunya membuat kerja rumah atau hanya sekadar ucapa terima kasih. Ataupun pujilah kecantikan dan kebaikannya. Dia akan rasa cukup gembira jika anda mampu lakukannya.

Ajak dia keluar

Sekali sekala apa salahnya ajak si isteri untuk keluar berdua dengan anda. Bawalah dia menonton wayang filem kegemarannya atau belanja  dia makan malam romantis seperti waktu bercinta. Pasti dia teruja.

Hormati dirinya

Jangan sesekali memperlekeh atau memperkecilkan si isteri. Setiap pandangan dan peribadinya harus dihormati. Biarpun ada kalanya kata-kata yang dilontarkan tidak munasabah, anda harus menghormatinya. Cuba perbetulkan kesilapannya dengan cara yang lembut dan berhemah supaya dia tidak rasa terhina.

Meminta maaf

Ada sesetengah suami sukar untuk meminta maaf daripada isteri kerana takut ego mereka tercalar. Tetapi sedarlah bahawa ungkapan maaf itu sangat besar kesannnya kepada perhubungan dan ia mampu memujuk si isteri yang sedang berduka. Tidak salah jika sesekali anda mengaku kesilapan diri dan meminta maaf daripada isteri. Anda juga manusia biasa yang tidak sempurna dan sering melakukan kesilapan.