Para Ibu Kena Nekad Rehat Daripada Rutin Harian

Rehat 2H1M yang mengasyikkan...

Mana hendak uruskan hal rumah tangga, ligan permintaan suami dan anak-anak. Di pejabat memikirkan hal keluarga. Di rumah, fikirkan benda perlu dilangsaikan di pejabat.

Imej: Mandara Spa

Begitulah menjadi seorang ibu, apatah lagi jika anda ibu yang makan gaji. Malah, ibu yang tidak makan gaji juga tidak putus-putus tugasan yang perlu dilunaskan setiap hari. Ada kala, lebih sibuk daripada mereka yang ada jawatan di mana-mana syarikat.

Rutin biasa seorang ibu bermula sejak dia bangun awal pagi. Selepas selesai satu persatu, jika ada kesempatan untuk duduk seketika, kepalanya ligat memikirkan apa hendak buat seterusnya. Di zaman ada pula teknologi canggih perbualan dalam talian menerusi Whatsapp atau Telegram, kena tengok juga jika ada pesanan penting guru untuk anak-anak.

Takut juga nama anak sangkut dalam senarai “kerja sekolah belum dihantar.” Boleh bayangkan?

Dalam mengharungi setiap aktiviti harian ini, ibu seperti anda wajar ambil ‘cuti’ untuk rehat dan rawat fizikal dan mental anda. Fuh, siapa hendak sambung kerja anda itu, tanya anda? Tidak mengapa, kerja rumah dan pejabat memang takkan habis sampai bila-bila.

Tapi kesejahteraan diri anda itu lebih penting supaya ada kelangsungan. Mengapa perlu rasa bersalah jika anda hendak berehat sebab itupun rutin penting juga!

JOM REHAT & RAWAT

Apa kata cuba saranan ini: Sunway Resort Hotel & Spa ada menawarkan pakej Mom’s Spa & Stay. Bukannya lama anda perlu pergi pun, hanya dua hari satu malam. Satu percutian singkat dan ringkas tetapi memenuhi keperluan rehat dan rawat yang anda dambakan.

Pakej ini termasuk sarapan untuk dua orang (bolehlah ajak cik abang teman), percuma naik taraf ke kategori bilik seterusnya juga sesi spa Pure Indulgence selama dua setengah jam untuk anda dan suami!

Saya sendiri berpeluang untuk mencuba sendiri pakej istimewa ini pada hujung minggu Deepavali yang baru berlalu. Mudah uruskan anak, kerana mereka boleh duduk sebentar di rumah ibu sementara saya dan suami ke Sunway Resort Hotel & Spa yang terletak hanya setengah jam daripada rumah kami.

Manakan sangka, kaunter check-in turut tersedia di tingkat 20 selain di Lobi Utama di tingkat 13. Di kaunter daftar tingkat The Club Lounge itu lebih privasi dan walaupun ada satu saja meja daftar tersedia, cukup laju dan mudah diiringi senyuman serta layanan istimewa daripada kakitangan hotel.

HILANGKAN LELAH 

Kira-kira 10 minit sebelum jam lima petang, kami sudah bersedia untuk sesi di Mandara Spa yang terletak di kawasan The Villa. Seperti kebiasaan, anda perlu memaklumkan jika anda ada sebarang masalah kesihatan selain memilih minyak aromaterapi dan jenis skrub untuk mengiringi sesi rawatan berkenaan.

Pilihan Balinese Boreh untuk skrub tubuh cukup memuaskan kerana ia memberi efek hangat dan tubuh akan dibalut kira-kira 15 minit sambil kepala diurut. Terasa badan mengeluarkan peluh kecil, tanda membuang toksin. Kemudian, anda diminta mandi ringkas sebelum berendam dalam air buih sabun lengkap dihiasi bungaan. Sambil berendam, nikmati teh o halia dengan biskut bagi mengisi perut, maklum saja, tentu lapar separuh perjalanan rawatan.

Usai itu, seluruh tubuh diurut dengan Harmony Oil yang baunya amat menenangkan. Tumpuan tentunya lebih kepada bahagian kaki dan bahu, seakan pakar urut berkenaan tahu yang di situ paling melesukan.

 

Hasilnya? Tubuh terasa amat ringan dan cukup melegakan. Rehat yang amat didambakan apatah lagi selesai makan malam, boleh beristirehat sepuasnya sehinggalah waktu daftar keluar keesokan harinya.

 

Baca juga: Empat Petua Alami Hilangkan Bulu Bawah Lengan