#KerlazzKakNida Terbaru Di Meja Editor

Anda pasti teruja mahu milikinya!

Masuk bulan baru, Mac 2020 dan meja editor tetap meriah dengan pelbagai produk kecantikan terbaru untuk dicuba.

Selepas dicuba tentulah perlu dikongsikan dengan anda supaya kalian pun tahu apa yang terkini di pasaran dan mana yang mampu memenuhi keperluan.

Berlainan sedikit daripada biasa, saya ingin bahagikan produk kecantikan Januari ini pada alat solek dan penjagaan wajah. Mudahlah hendak lihat mana yang anda ingin miliki untuk menjaga kesihatan kulit wajah, dan yang mana pula anda ingin tambah ke dalam koleksi produk rias anda.

1 of 6

Dermalogica Biolumin C Eye Serum, RM338

Tahukah anda, otot keliling mata paling banyak digunakan. Malahan, anda melakukan lebih 100,000 pergerakan mata setiap hari bermakna ianya berlaku kurang daripada 1/100 sesaat – lebih cepat daripada sekali kerdipan mata! Ditambah pula, kawasan itu paling lembut dan tanda penuaan pramatang sering bermula di sekitar kawasan mata.

Anda perlukan produk penjagaan ini dan saya yang telah mencuba BioLumin-C Eye Serum ini merasakan ia membantu menjaganya dengan baik. Kandungan vitamin C Complex membantu melawan oxidative stress, mencerah dan menganjal kulit.

Padankan dengan: Dermalogica Pure Light dengan SPF50, sebagai pelindung daripada selaran mentari.

1 of 6