Beza UPSR Dulu & Sekarang

Apa buatnya detik paling manis.

UPSR 2019 baru sahaja berlalu, dan pengalaman menempuhi empat hari peperiksaan berkenaan sukar dilupakan.

Dengan cabaran perlu menempuhi jerebu, memastikan anak membuat persiapan yang rapi dan teratur semestinya jadi sebahagian usaha ibu bapa yang mempunyai anak tahun enam.

Antara detik manis sewaktu peperiksaan berlangsung pada 4 ke 5 September dan 10 ke 11 September lalu adalah kesungguhan dan komitmen guru dan ibu bapa. Malah ada ibu bapa, seperti saya dan suami yang mengambil cuti untuk memastikan urusan peperiksaan pada masa itu berjalan lancar.

Memastikan anak ketiga kami, Iqbal Umar mendapat sarapan lengkap, pakaiannya disediakan, menghantar dan menjemputnya pulang, ‘mengiringinya’ masuk ke dewan peperiksaan, melihatnya mengulang kaji setiap subjek dengan guru bertanggungjawab beramai-ramai memberikan kepuasan yang sukar diungkapkan.

Namun, itu adalah pilihan yang kami sendiri buat. Ada juga ibu bapa yang mempunyai komitmen kerja yang tidak membenarkan mereka untuk bersama secara fizikal dengan anak tetapi saya pasti, doa sentiasa mengiringi anak yang menduduki UPSR masa itu.

Di sini, saya kongsikan pengalaman sepanjang UPSR berlangsung menerusi #KerlazzKakNida sebagai momen terindah anak-anak yang menduduki peperiksaan Tahun 6 berkenaan.

 

Baca ini: 10 Tip Mudah Menduduki Peperiksaan