4 Amalan Cantik Kena Buat Sebelum Raya

Salon dan produk yang Editor Jelita telah cuba

Jika hendak kelihatan menawan Lebaran ini, kenalah ada sedikit usaha. Peruntukkan masa untuk perkhidmatan ini atau mengguna gajet kecantikan yang betul bagi mencapai kecantikan daripada hujung rambut ke kaki secara menyeluruh.

Cantik sebelum raya. Foto: Arkib Jelita

Baca ini juga: Cara Dapatkan Kulit Cantik & Berseri

4 of 4

Keringkan rambut dengan Dyson Supersonic berkualiti tinggi

Pengering rambut berteknologi maju, Dyson Supersonic sememangnya mesti dimiliki setiap wanita yang sayangkan mahkotanya.

Tanpa menggunakan udara panas yang biasa dikeluarkan pengering rambut biasa, ia menggunakan kuasa udara yang tinggi tanpa memanaskan kepala anda. Biarpun saiznya kecil, tetapi ia mempunyai digital motor V9 yang berkuasa hebat, duduk di dalam pemegangnya dan mampu berputar 110,000rpm – lima kali lebih laju daripada enjin kereta Formula One!

Ia berfungsi menarik 13 liter udara dan menggunakan teknologi Air Multiplier, kepalanya mengeluarkan 41 liter aliran udara untuk mengeringkan rambut dengan lebih laju. Tidak perlulah duduk membelek dan mengeringkan begitu lama seperti dulu.

Hasilnya, rambut tidak ‘terseksa’ dengan udara panas hingga membuatnya menggerutu, Dyson Supersonic akan pastikan rambut kering tetapi kekal lembut semula jadi.

 

4 of 4