4 Amalan Cantik Kena Buat Sebelum Raya

Salon dan produk yang Editor Jelita telah cuba

Jika hendak kelihatan menawan Lebaran ini, kenalah ada sedikit usaha. Peruntukkan masa untuk perkhidmatan ini atau mengguna gajet kecantikan yang betul bagi mencapai kecantikan daripada hujung rambut ke kaki secara menyeluruh.

Cantik sebelum raya. Foto: Arkib Jelita

Baca ini juga: Cara Dapatkan Kulit Cantik & Berseri

2 of 4

Wajah V idaman di Aster Spring

Penghidratan rendah, terdedah pula kepada cahaya UV berbahaya, pencemaran dan asap rokok  menyumbang kepada faktor penuaan di mana kulit wajah hilang ketegangan hingga kontur wajah terjejas.

Lantas, Aster Spring menawarkan rawatan wajah berprestasi tinggi – Ultimate Lift Therapy supaya anda boleh meraih penampilan lebih berkeyakinan.

Caranya? Untuk memastikan kulit anda bersedia untuk menerima nutrien berkhasiat, wajah akan dibersih, dieksfoliasi dan melalui proses extraction. Kemudian, serum bermutu tinggi dipadankan dengan penggunaan mesin ultrasound LDM dari Jerman ditambah pula dengan urutan signatur hanya ada di Aster Spring, produk digunakan akan memasuki kulit dengan lebih baik sekali gus mampu melawan tanda penuaan.

Ultra Face Lift Mask dengan teknologi inovatif bagi meningkatkan kekuatan kulit lengkap dengan sembilan ekstrak semula jadi kaya antioksidan kemudian digunakan. Rawatan wajah anda disudahi dengan layangan Dermalogica lonactive Retinol 1 peratus atau serum Hyaluronic Acid yang khusus buat kulit anda agar ia kekal lembap dan dilindungi daripada cahaya matahari.

Kesemua ini dilakukan dalam masa 78minit. Rawatan di Aster Spring Centre berharga, RM528 dan di Aster Spring Signature Centre adalah RM568.

2 of 4