Kenapa Wajah Dibersihkan Elok Kekal Muda Lebih Lama?

Juga rahsia facial Neelofa yang anda kena tahu!

“Kenapa produk penjagaan kecantikan saya kurang berkesan? Tak seperti pada orang lain?”

Itu mungkin antara pertanyaan yang berlegar di kotak fikiran anda bila berkisar tentang penjagaan wajah. Bayangkan anda sudah melabur wang yang banyak untuk produk skincare yang anda rasa sesuai, tetapi ia seakan tidak mendatangkan hasil yang anda idamkan. Rutin penjagaan yang anda amalkan cukup disiplin, kalau ada tiga langkah, tiga langkahlah yang anda buat. Kalau lima, limalah yang anda buat. Kalau berbelas seperti wanita Korea, itupun anda sanggup kerana sudah lumrah naluri wanita untuk pastikan kecantikan terpelihara.

Tetapi, asasnya adalah satu. Kulit wajah anda kena benar-benar (benar!) bersih. Bersih daripada kekotoran setiap hari, dan bersih juga daripada sel kulit mati. Mungkin anda jenis rajin dengan langkah eksfoliasi tetapi adakah benar kesemua sel kulit mati pada permukaan kulit sudah disingkirkan? Persoalan kedua, disebabkan permukaan terbiar tidak sempurna dengan kotoran dan sel kulit mati, lapisan dalam kulit juga jadi ‘malas’ hendak bekerja kerana tidak mendapat zat yang wajar. Khasiat daripada produk yang anda gunakan selama ini tidak tembus sepenuhnya kerana sempadan permukaan yang terdapat kekotoran. Bolehkah anda membayangkannya?

Jadi, apa hendak buat?

Saya telah diundang untuk mencuba satu perawatan wajah yang diperkenalkan Alainn Clinic. Dikenali sebagai Neelofa No Make-Up Facial, ia telah mendapat ‘lampu hijau’ daripada Neelofa sendiri kerana katanya, selebriti dan pengacara popular ini sudah mencuba dan amat menyukainya. Mungkin anda kata, tidak mengapalah kerana Neelofa memang dilahirkan jelita dan apatah lagi usianya masih muda. Itu sebabnya, saya sendiri yang sudah memasuki usia 40-an ini merelakan diri untuk mencuba dan melihat sendiri keberkesanan rawatan ini.

https://www.instagram.com/p/B7pBu4qn9RP/

Disambut mesra team Alainn Clinic di lokasi baru di Infinity Tower, Kelana Jaya akan terus buat anda terasa seperti di rumah saudara mara yang akrab perhubungan. Melihat pula pada rekaan dalaman yang kemas, rapi dan segar serba putih, sudah boleh bayangkan damai sesi perawatan nanti.

Kenapa nama perawatan ini No Make-Up Facial? Memanglah sewaktu perawatan solekan akan ditanggalkan tetapi saya sengaja mengenakan sedikit gincu supaya tidak terlalu pucat bila dirakam gambar (vain!). Objektif perawatan yang disiplin adalah supaya anda boleh bersosial atau keluar rumah tanpa perlu mengenakan sebarang riasan kerana begitu sihatnya keadaan kulit hingga anda bangga hendak menayangnya!

Perawatan ini membabitkan lima langkah dengan tiga daripadanya adalah membersihkan kulit secara mendalam dan eksfoliasi.

Ada dua pilihan serum, satu untuk kulit kering dan satu untuk kulit berminyak di mana serum ini eksklusif digunakan untuk perawatan ini sahaja. Dengan menggunakan mesin, permukaan kulit akan melalui proses menyingkir sel kulit mati.

Apakah rasanya? 

Saya diberitahu akan ada rasa hangat pada permukaan kulit bila alat itu digunakan. Tetapi, tiada pun! Cuma terasa seperti cucukan halus yang tidak menyakitkan.

Seperti dijelaskan pakar kecantikan di Alainn Clinic, proses berkenaan akan mengejutkan sel kulit dalaman untuk menarik keluar oksigen semula jadi daripada tubuh ke permukaan kulit. Bila bekalan oksigen cukup pada kawasan berkenaan, kulit secara teorinya mendapat bekalan ‘baja’ yang cukup. Jadi, bayangkan bila anda menambah khasiat menerusi produk kecantikan yang sesuai dengan kulit anda, maka bergandalah manfaat yang diperolehi. Bila kulit tampil sihat maka anda takkan teragak-agak mahu keluar rumah tanpa mengoles sebarang solekan.

Mudah, bukan?

Selepas perawatan, muka tampak bersih. Hidung kemerahan kerana melalui proses extraction bagi menyingkir bintik putih dan hitam.

Bagi yang berminat mencuba perawatan ini, anda boleh lawati alainnclinic.com .

Imej: Depositphotos & Anida Salwani

 

Baca juga: Keselesaan maksimum untuk wanita berhijab yang aktif.