5 Ciri Baru Apple Watch Series 5 Ini Bakal Buat Anda Sangat Gembira

Adakah ianya jam tangan atau telefon?

Setiap kali hujung tahun, Apple meriah dengan pengumuman gajet yang kian dikemas kini.

Terbaru, Apple Watch Series 5 mendefinisikan semula fungsinya, ia bukan sekadar pembaca waktu, ia juga memastikan anda sentiasa boleh dihubungi, menyokong gaya hidup aktif anda dan menjadi pembantu peribadi perihal kesihatan.

Ini LIMA daripada pelbagai fungsi paling menarik yang pasti buat anda enggan berpisah dengannya!

1 of 5

BERFUNGSI SEBAGAI ALAT HUBUNGAN

Ya, ia adalah jam tangan yang boleh buat panggilan telefon! Apple Watch Series 5 adalah yang pertama dalam sirinya yang membolehkan ia berfungsi sebagai selular tersendiri.

Bermakna, jam tangan ini ada nombor telefonnya sendiri dan boleh berfungsi ‘berjauhan’ daripada telefon bimbitnya.

Bayangkan bila anda pergi beriadah atau melepak di pantai, berenang, atau mendaki bukit, anda tidak lagi perlu membawa telefon bimbit bersama anda. Anda boleh ‘dail’ sesiapa dalam senarai¬†contact anda selagi ada liputan. Anda boleh mendapat mesej Whatsapp dan memberi balasan ringkas. Pendek kata, anda tidak terputus hubungan!

Pada masa ini, hanya Digi sahaja yang menyediakan perkhidmatan sambungan untuk Apple Watch Series 5 ini. Beli simkad dan buat sambungan secara e-Sim pada jam berkenaan.

1 of 5