Daily Giveaway – July 26, 2018

WIN 4 hr basic wall course + 10 day pass membership from Camp5 worth a total of RM1,760!

2 of 2

Camp5 merupakan Asia’s Premier Climbing Gym yang menawarkan pengalaman yang unik buat aktiviti luaran tetapi dijalankan di dalam kawasan tertutup. Terletak di tingkat 5 1Utama Shopping Centre di Bandar Utama, Camp5 mempunyai 24 meter ketinggian tingkap dan berhawa dingin, memberikan keselasaan dan pemandangan yang memerhatikan bandar. Camp5 juga memperagakan pelbagai jenis permukaan cabaran sesuai bagi pemanjat yang baru belajar mahupun yang profesional.

Camp5 terbuka untuk pelbagai peringkat umur daripada kanak-kanak hinggalah dewasa. Terdapat servis profesional yang ditujukan kepada pelanggan untuk memberi keselamatan yang terbaik supaya dapat memanjat dengan selamat dan mendapat pengalaman yang memuaskan. Camp5 juga mempunyai kafe kepada pelanggan umum dan menyajikan makanan dan minuman yang berkualiti tinggi menjadikan tempat ini sesuai buat mereka yang ingin melakukan sesuatu yang mencabar dan mendapatkan pemandangan yang menarik serta beramah mesra bersama rakan. Camp5 juga mempunya Proshop yang menjual semua rangkaian alatan memanjat daripada pelbagai jenama.

Khas buat pemenang untuk hadiah daripada Camp5 kali ini, anda bakal menceburi Basic Wall Course (BWC), di mana ia merupakan asas buat kursus memanjat untuk hampir sedekad! BWC merupakan 4 jam kursus pengenalan, direka sesuai buat mereka yang baru ingin meceburi bidang memanjat kerana ia merangkumi segala informasi dan latihan praktikal yang diperlukan untuk menjadi mahir dalam sukan memanjat. Setelah tamat kursus dan mendapat kelulusan daripada jurulatih bersijil AMGA, anda bakal menerima sijil kemahiran dan kad akses ke Camp5.

2 of 2