Susu tepung rumusan terbaru buat si manja anda

Nankid Optipro secara eksklusif hanya di Lazada!

Nankid Optipro 3 adalah susu tepung yang dirumus secara saintifik dengan Nestle’s Optipro iaitu protein yang dioptimumkan untuk kanak-kanak berumur satu hingga tiga tahun. Kempen Discover Amazing Possibles bertujuan menggalakkan ibu bapa membantu anak-anak anda merealisasikan versi terbaik diri anak anda. Nankid Optipro dirumus secara saintifik dengan 100 juta unit probiotik hidup serta bahan revolusioner baru – 2′-FL Oligosaccharide, sejenis karbohidrat yang diperolehi daripada laktosa untuk membantu meningkatkan fungsi usus kanak-kanak. Kajian saintifik menunjukkan bahawa 2′-FL Oligosaccharide membantu menguatkan dinding usus, meningkatkan bakteria baik di dalam usus dan menghilangkan bakteria tidak baik.

Dari kiri: Julie Woon, Pengacara dan Moderator Perbincangan Panel, Mia Chai, Duta Jenama dan Joe Chang, Sosial Parenting Influencer. Madam Mary Easaw, Perunding Diet, CVSKL dan Ms Katyana Azman, Perunding Psikologi Anak, Pantai Hospital KL

 

Malah ia juga menggalakkan keseimbangan antara bakteria baik dan tidak baik di dalam usus dan oleh itu, sistem pertahanan badan yang ideal untuk kesihatan seumur hidup terutama bagi kanak-kanak dalam pertumbuhan mereka. Selain itu, ia turut menyokong dan memupuk sistem pertahanan badan. DHA dan ARA ditemui banyak di dalam otak, juga membantu menyokong perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Nankid Optipro hadir tanpa sukrosa tambahan bagi membantu mengurangkan masalah kaviti gigi dan menggalakkan tabiat makan yang baik.

Nankid Optipro baharu pertama kali tersedia secara eksklusif di Lazada dan akan dipasarkan di kedai seluruh Malaysia pada masa akan datang. Ia juga menjadi sebahagian daripada jaminan formula susu di platform e-dagang Lazada yang menawarkan jaminan tiga kali wang balik dengan menjanjikan produk adalah asli dan mempunyai sekurang-kurangnya tujuh bulan untuk tamat tempoh dari tarikh penghantaran.

“Kelajuan dan kemudahan teknologi meresap di kalangan hampir semua peringkat usia yang lebih bergantung kepada e-dagang untuk keperluan harian. Ibu bapa juga beralih kepada eCommerce sebagai destinasi gaya hidup sehenti dan penyelesaian untuk gaya hidup yang sibuk. Di Lazada, kami komited untuk memastikan pelanggan kami menikmati kemewahan membeli-belah dalam talian tanpa perlu berkompromi. Ibu bapa kini boleh membeli produk formula susu asli dengan jaminan formula susu Lazada termasuk Nestle baru Nankid Optipro di mana sahaja dan bila-bila masa dengan penuh kepercayaan terhadap keaslian dan kualiti produk, “kata Leo Chow, Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Malaysia.

Baca juga: 8 Perkara Perlu Elak Dalam WhatsApp Group Kelas Anak