Tip Galakkan Anak Berfikir Secara Global

Ajar mereka untuk berfikir di luar kotak.

Ada kala, tip yang mudah dan disisir dalam rutin harian boleh membantu anda menggalakkan anak-anak berfikir di luar kotak.

Berikut adalah tip untuk galakkan pemikiran anak secara global.

Ajar Geografi

Dengan memperkenalkannya geografi bumi seperti teka-teki lokasi negara akan buat si kecil berminat dengan hal ehwal antarabangsa. Kaitkan kisah harian dengan kejadian dunia, benarkannya mempunyai pandangan sendiri.

Ajar Bahasa Ketiga atau Keempat

Selain bahasa ibunda dan Inggeris, anak anda akan meraih kelebihan jika mengetahui satu atau dua lagi bahasa asing. Ia bukan sekadar untuk markah yang bagus di dalam kelas, tetapi membolehkannya mempelajari budaya luar. Disiplin mempelajari bahasa baru akan memperbaiki fokus dan kemampuan pada tugasan sukar.

Bawa Melancong 

Si kecil akan sedar yang dunia ini bukanlah ibu bapanya saja, tetapi membabitkan pelbagai jenis manusia yang bercakap pelbagai bahasa, mengamalkan agama berbeza dan melakukan sesuatu perkara secara berbeza. Ia adalah pelajaran empati, memudahkannya untuk memahami mengapa orang lain lakukan sesetengah perkara.

Ajak Ke Perpustakaan

Jika tidak mampu melancong, perpustakaan adalah pusaka dunia terunggul dengan pelbagai harta seperti ilmu dunia, peta, muzik dan majalah. Dalam dunia internet kini, perpustakaan kurang digunakan tetapi ia adalah pusat pencetus kreativiti dan imaginasi.

Ajar Tentang Makanan, Muzik, Seni, Pameran Antarabangsa

Bila si kecil didedahkan kepada rasa, warna, seni, kisah, rentak muzik yang baru, ia akan merangsang otak. Pengalaman deria ini akan membantu membina rasa ingin tahu dan imaginasi.

Sumber Gambar: Depositphotos