5 Makanan Ini Bantu Tambah Zat Besi Untuk Ibu Mengandung

Pastikan anda ambil makanan ini sepanjang tempoh hamil.

Kekurangan sel darah merah dalam badan atau dikenali sebagai anemia boleh memberi kesan buruk kepada ibu hamil dan bayi dalam kandungan.

Untuk elakkan ini berlaku, pengambilan makanan yang betul boleh membantu meningkatkan kandungan zat besi selain menambah paras hemoglobin ibu hamil.

Berikut adalah makanan yang boleh diambil jika menghadapi anemia.

Kurma

Seperti yang diketahui, kurma adalah makanan sunnah dan khasiatnya sendiri diakui boleh membantu penghasilan hemoglobin. Selain itu, ia membantu menambah tenaga kepada ibu hamil yang bekerja.

 

KerangĀ 

Kerang menjadi makanan terkenal untuk menambah sel darah merah. Ibu hamil boleh menjadikan kerang sebagai menu harian dengan cara masakan yang berbeza. Jika mempunyai alahan terhadap kerang, tidak digalakkan untuk memakannya bimbang masalah lain pula timbul.

 

Hati Ayam

Ia mempunyai banyak manfaat terutama sekali untuk membantu pembentukan sel darah merah. KandunganĀ  zat besi dalam hati ayam cukup tinggi dan digalakkan untuk diambil penghidap anemia.

 

Bayam

Sayuran hijau ini adalah makanan terbaik yang boleh diambil penghidap anemia. Bayam antara sayur terbaik yang boleh membantu menyerap zat besi dan folat dan membantu menyembuhkan anemia.

 

Pisang

Buah ini diketahui mempunyai kandungan zat besi yang tinggi. Ibu hamil hanya perlu mengambil dua pisang sahaja setiap hari. Jumlah itu sudah cukup untuk membantu menambah paras hemoglobin dalam darah.

Sumber Gambar: Depositphotos