Panduan Untuk Ibu Bapa Bantu Anak Uruskan Kemurungan

Jangan biarkan anak anda sendirian.

Hulur bantuan dengan segera kepada anak jika terdapat tanda bahawa mereka mengalami masalah kemurungan.

 

Pastikan Mereka Memiliki Kehidupan Yang Stabil

Kehidupan yang stabil bermaksud biarkan mereka melalui rutin harian tanpa gangguan. Walaupun membosankan, mereka akan tahu apa yang dilakukan dan tidak mengalami tekanan yang berat. Elakkan menukar sekolah terlalu kerap kerana ia boleh mengganggu rutin dan minda anda.

Nyatakan Perasaan Sayang Pada Anak

Sudah pasti ibu bapa menyayangi anak mereka tanpa perlu diberitahu. Namun, ia tidak bermakna bahawa anak tahu jika anda jarang menyatakan perasaan sayang itu. Oleh itu, biasakan diri untuk menyatakan bahawa anda menyayangi mereka supaya mereka tahu anda sentiasa ada untuk mereka berkongsi masalah. Pelukan juga boleh membantu kerana ia membuatkan mereka rasa dihargai.

Kerap Berkomunikasi

Komunikasi bersama anak adalah perkara penting. Ia boleh membantu mereka untuk sentiasa bersikap terbuka dengan anda dalam apa jua perkara. Anda boleh bertanya mengenai pembelajaran dan minatnya serta bagaimana hari yang mereka lalui di sekolah. Mereka akan lebih yakin untuk bercerita kepada anda sekiranya mereka mengalami tekanan daripada rakan atau dibuli.

Disiplin Penting Tetapi Tetapkan Had

Pilih perkara yang betul apabila berdisiplin dengan anak. Bukan menjadi ibu bapa yang marahkan anak kerana tidak mengemas bilik dan katil yang berselerak atau membandingkan anak dengan orang lain. Tiada siapa suka untuk dimarahi, jadi suruh anak mengemas bilik dengan nada yang lembut tetapi tegas. Berkomunikasilah secara berhemah dengan anak. Walaupun mereka masih kecil, jangan sekali-kali berfikir mereka tidak akan faham arahan yang diberikan.

Ajar Anak Terima Kekalahan

Menang dan kalah adalah adat pertandingan tetapi sukar bagi anak untuk menguruskan kekecewaan yang dihadapi. Bantu mereka fahami konsep kalah dan menang. Beritahu mereka masih boleh mencuba lagi di masa akan datang kerana peluang akan hadir lagi. Jangan pula menyalahkannya jika dia berterusan kalah kerana tindakan ini hanya akan menambah tekanan dan kekeceawaan sedia ada.

Sumber Gambar: Depositphotos