Jom Mengembara Di Hutan Ajaib Legoland

Legoland menjemput anda mereroka Hutan Ajaib!

Disember ini, LEGOLAND Resort Malaysia akan meraikan Brick-Tacular dengan membawa pengunjung menuju ke hutan ajaib dari hotel ke taman tema, di mana keluarga akan dicabar dengan misi untuk membantu pixies dan bunian dari LEGOLAND Resort Malaysia.

Dalam meraikan musim cuti sekolah, LEGOLAND Resort Malaysia akan memberikan hadiah bernilai RM200,000 sebagai sebahagian daripada cabutan harian Enchanted Advent Calendar tahun ini. Tetamu hanya perlu membelanjakan RM10 untuk sebarang Minifigure di taman tema untuk mendapatkan peluang menyertai cabutan bertuah tersebut.

Bagi tetamu yang ingin mendapatkan beberapa set LEGO terbaik yang dilancarkan pada 2019, seperti LEGO Ideas Voltron dan LEGO Ideas Treehouse, mereka boleh memilih untuk membelanjakan RM299 di The BIG Shop untuk menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi hadiah hebat bernilai sehingga RM1,000 setiap satu.

Dalam Hutan Ajaib dan sekitar taman tema itu, anda bersama keluarga boleh melakukan banyak aktiviti bertema percutian yang menyeronokkan dan bermanfaat termasuk:

Enchanted Spectacular Farewell Parade– Di hari yang hebat di Legoland, anda boleh berarak bersama dengan semua karakter Lego kegemaran anda diiringi kumpulan muzik Brass. Perbarisan harian berakhir dengan paparan Pyro Sparkles yang hebat.

Where is Santa & Rudolf?– SEA LIFE Malaysia memerlukan bantuan anda! Sertai misi untuk membantu ahli marin mencari dan menangkap Santa dan rusanya yang hilang. Bagi keluarga yang berjaya menyelesaikan pencarian tersebut, ganjaran hebat akan diberikan.

Festive LEGO┬« Building Activities– Anak anda boleh membantu bunia unutk membina hadiah Lego untuk Santa sebelum malam Krismas atau bina Lego Magical Toadstools untuk kampung bunian! Aktiviti membina bangunan ini direka untuk memastikan anak tidak hanya berseronok ketika bermain tetapi juga membina kemahiran baru seperti kerja berpasukan dan kreativiti.

The Lumberjacks– The Lumberjacks telah tiba di hutan ajaib dan mereka ke sana bukan untuk menebang pokok, sebaliknya ingin menunjukkan tarian terbaik mereka. Anda bersama keluarga boleh menyertai keseronokan dan turut mempelajari beberapa gerakan tarian baru bersama mereka.

Jadi sebahagian daripada pengalaman percutian hebat kerana Legoland Resort Malaysia akan menganjurkan pesta buih pertama di Legoland Water Park dari 19 Disember 2019 hingga 1 Januari 2020 untuk tetamu menyelam sambil diiringi muzik, belon dan senapang air.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang aktiviti dan tawaran tiket menarik, layari laman sesawang Legoland atau melalui laman media sosial di Facebook dan Instagram.