Imbau Kembali Kenangan Lama Dengan Mainan Ikonik McDonald’s

Boleh didapati di restoran McDonald’s seluruh negara mulai 28 November

Selama 40 tahun, Happy Meal sudah menjadi simbol perkongsian detik kegembiraan untuk keluarga di seluruh dunia. Bagi memperingati peristiwa penting ini, McDonald’s Malaysia akan melancarkan edisi terhad Surprise Happy Meal dengan menampilkan beberapa mainan Happy Meal yang popular sejak empat dekat lalu. Surprise Happy Meal ini boleh didapati di restoran McDonald’s seluruh negara mulai 28 November, selagi stok masih ada.

Diperkenalkan pada Jun 1979 di Amerika Syarikat, Happy Meal telah berkembang ke lebih 38, 000 restoran di lebih 100 buah negara di seluruh dunia dengan mainan ikonik kekal sebagai simbol kejutan, keceriaan dan kegembiraan.

Setiap Surprise Happy Meal akan disertakan dengan salah satu koleksi mainan edisi terhad yang pastinya akan membuatkan anda mengimbau kenangan lalu:

  • Cowboy McNugget (McDonald’s): 1988
  • Fireman McNugget (McDonald’s): 1988
  • McNugget Carrier Mail (McDonald’s): 1988
  • Hamburger Changeable (McDonald’s): 1989
  • Grimace (McDonald’s): 1990
  • Dino Happy Meal Box Changeable (McDonald’s): 1991
  • McDonald’s Hot Wheels Thunderbird (Mattel): 1993
  • Hamburglar (McDonald’s): 1995
  • Space Jam Bugs Bunny (Warner Brothers): 1996
  • Patti the Platypus (Ty Beanie Baby): 1997
  • Tamagotchi (Bandai): 1998
  • My Little Pony (Hasbro): 1998
  • Furby (Hasbro): 1999
  • Hello Kitty (Sanrio): 2013

Selain daripada mainan ikonik ini, McDonald’s juga berusaha untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dengan Parties @ McD di mana McDonald’s Malaysia menyediakan ruang untuk rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur untuk mengadakan pelbagai sambutan seperti majlis hari jadi, majlis perjumpaan semula atau majlis perpisahan di restoran McDonald’s terpilih di seluruh negara.

Tambahan lagi, McDonald’s Malaysia juga turut menyediakan [email protected] di mana para pelanggan boleh menggunakan restorannya sebagai tempat untuk mengadakan mesyuarat di luar pejabat.

Anda boleh menempah restoran McDonald’s sebagai lokasi pilihan untuk parti atau mesyuarat melalui aplikasi McDonald’s, yang boleh dimuat turun di Play Store dan Apple Store, atau di laman web McDonald’s Malaysia di www.mcdonalds.com.my.