Cara Tamatkan Iri Hati Antara Anak-anak

Ibu bapa kena elak pilih kasih dalam situasi ini.

Bila anak-anak kuat bersaing hingga timbul pertengkaran, anda yang jadi pening kepala. Apakah cara sihat untuk hentikannya?

Walaupun ia adalah perkara biasa bila ada lebih daripada seorang anak, tetapi anda perlu memainkan peranan supaya ianya tidak menjadi situasi yang negatif. Kalau boleh, biarlah dua beradik itu belajar bekerjasama dan bertolak ansur. Anda boleh cuba cara yang Jelita kongsikan ini untuk tamatkan rasa iri hati sesama mereka.

Elakkan Pilih Kasih

Bila anak bergaduh sesama sendiri, anda jangan pula pilih sisi. Dengar penjelasan kedua pihak, jangan menyerah jika anak itu mengamuk tak tentu pasal.

Biarkan Anak Selesaikan Masalah

Ada kala, anak itu bergaduh sebab hendakkan perhatian dan bila anda lihat konflik mereka tidaklah seserius mana, anda tidak perlu bantu selesaikannya.

Puji Perangai Baik

Jika kedua beradik berbaik semula, puji perbuatan mereka itu. Anak suka bila diberikan tumpuan positif daripada ibu bapa dan lama kelamaan mereka akan sedar betapa pentingnya hubungan adik-beradik yang akrab.

Sumber Gambar: Depositphotos