Cara Si Manja Tunjukkan Kasih Pada Anda

Jika mereka lakukan ini, tandanya anak sayang pada anda.

Mungkin anda tidak sedar kerana si kecil masih belum boleh mengungkap kata-kata tetapi bila dia lakukan cara berikut, itu petanda dia amat menyayangi anda.

bayi

Dia Merenung Mata Anda

Dia sebenarnya sedang bertungkus-lumus mengingati wajah anda. Mungkin dia tak faham perkara lain begitu tepat tetapi dia tahu anda orang penting dalam hidupnya.

Dia Hanya Fikirkan Anda Saja

Sekitar usia lapan hingga 12 bulan, dia akan muncung mulut bila anda meninggalkannya dan akan senyum bila anda kembali menghampirinya.

Bila Dia Mengamuk

Ya, tidak bermakna bila dia menjerit dan mengamuk dia telah berhenti menyayangi anda. Dia hanya luahkan perasaan sedemikian pada orang yang paling dipercayainya.

Lari Kepada Anda Bila Cedera Atau Sedih

Walaupun tidak tahu mengungkap “Sayang mama,” tetapi perbuatan sebegini sudah cukup menunjukkan keseluruhan kasihnya.

Berikan Bunga Yang Dipetik Dari Taman

Atau lukisan dengan bentuk hati, batu berkilau atau apa saja jenis hadiah buat anda.

Sumber Gambar: Depositphotos

Baca Juga: Tip Pastikan Bayi Kekal Sejuk Dan Selesa Ketika Tidur