Cara Mudah Untuk Luangkan Masa Bersama Anak

Jangan biarkan masa berlalu

Masa adalah perkara penting dalam kehidupan. Tanpa masa, hidup akan jadi tidak terurus dan kelam-kabut. Ibu bapa sekarang lebih banyak menghabiskan masa dengan urusan kerja sehingga tiada masa untuk diluangkan bersama anak. Jangan biarkan masa berlalu sehinggakan anda tidak dapat melihat sendiri bagaimana anak anda membesar kerana masa yang sudah berlalu tidak boleh diputarkan lagi.

Jelita kongsikan cara mudah untuk anda meluangkan masa bersama anak.

Gambar: Depositphotos

Duduk Berbual

Bertanya mengenai perkara yang berlaku di sekolah atau berkongsi cerita bersama mereka.

Kongsi Hobi Bersama Anak

Jika anda gemar bercucuk tanam, ajak anak untuk sertai anda melakukan aktiviti berkenaan pasti mereka akan menghargai momen ketika itu.

Keluar Bercuti Bersama

Hentikan sebentar kerja di pejabat, ambil cuti dan bawa anak anda keluar ke pantai dan cipta memori bersama mereka. Pasti ianya menjadi kenangan terindah buat anak.

Bantu Anak Dengan Kerja Sekolah

Ini antara perkara yang sukar dilakukan. Ambil masa sebentar ataupun bergilir dengan pasangan supaya anda tahu mereka mempunyai masalah dalam pembelajaran atau tidak.

Cipta Masa Larangan Gajet

Pada hujung minggu, cipta dua atau tiga jam keluar rumah tanpa gajet. Bawa mereka keluar makan dan itu adalah masa untuk mengeratkan lagi ikatan anda bersama anak.