Cara Legakan Selesema Anak Kecil

Jika tidak dapat berjumpa dengan doktor, boleh cuba cara ini.

Tidak banyak yang anda boleh lakukan kecuali menunggu dan berikan anak anda cecair dan rehat selain memperbanyakkan jumlah jus buahan yang kaya dengan vitamin C. Rujuk kepada doktor jika hendak memberikannya ubat. Selain itu, ada cara lain untuk melegakan ketidakselesaannya.

Berikut adalah cara yang boleh anda cuba untuk legakan selesema anak kecil.

  • Jika hidungnya tersumbat, tinggikan kepala tilam dengan meletakkan tuala di bawahnya. Tidur mencondong boleh melegakan hidung berhingus, jangan gunakan bantal untuk tinggikan kepala untuk elakkan bayi  daripada lemas.
  • Rajinlah mengelap hidungnya supaya dia boleh bernafas lega. Anda boleh menyapu jeli petroleum di luar lubang hidung untuk kurangkan kerengsaan akibat mengelap. Jika anak sukar menyusu kerana hidung tersumbat, minta doktor berikan preskripsi larutan bergaram untuk diletakkan di setiap lubang hidung setiap 15 minit sebelum sesi penyusuan.
  • Gunakan pengewap berkabut dingin untuk lembapkan udara atau bawa bayi ke bilik mandi bersama anda, buka air panas atau pancuran mandi, tutup pintu dan duduk dalam keadaan berwap selama 15 minit. Tukar pakaian anak selepas mandian wap.
  • Jika hidungnya tersumbat tanpa sebarang simptom lain, periksa lubang hidung, manalah tahu jika ada objek asing.
Sumber Gambar: Depositphotos