Bawa Anak Kembali Ke Sekolah Dengan Kasut Antibakteria Ini

Kaki lebih segar sepanjang hari!

Bata Malaysia sangat teruja untuk memperkenalkan koleksi terbaru, tepat pada masa untuk sesi persekolahan tahun 2020. Koleksi terbaru ini menampilkan pelbagai jenis kasut sekolah yang turut dilengkapi ciri antibakteria.

Koleksi antibakteria ini mempunyai dua reka bentuk kasut sekolah warna hitam yang dilengkapi dengan bahan Life Natural. Koleksi ini hadir dengan tumbuhan yang mampu melawan bakteria untuk mengawal bau peluh.

Bahan revolusi ini berjaya menghilangkan 99 peratus bau yang disebabkan oleh bakteria untuk kesegaran yang kekal sepanjang hari. Rangkaian kasut sekolah Bata terbaru ini telah diuji oleh makmal untuk memberikan perlindungan dan prestasi yang maksimum.

Kasut Bata terbaru ini adalah pilihan utama angkasawan pertama Malaysia, Dato Dr. Sheikh Muszaphar Shukor sebagai kasut sekolah untuk anak-anaknya. Dia juga turut dipilih sebagai Bata Social Media Influencer untuk kempen Back to School terkini.

Rangkaian antibakteria yang baru itu adalah sebahagian daripada rancangan inovatif jenama itu berikutan dengan sambutan 125 tahun Bata itu dalam industri kasut. Syarikat itu telah diilhamkan untuk menghasilkan rangkaian terbaru ini yang dilengkapi dengan bahan Life Natural selepas memikirkan faktor bahawa kanak-kanak menghabiskan purata enam jam sehari di sekolah yang sekali gus membawa kepada kaki berpeluh kerana diperap untuk tempoh masa yang lama.

Kaki berbau biasanya terjadi apabila peluh berlebihan dan tiada tempat untuk peluh itu dilepaskan. Kelembapan ini akan diserap ke dalam lapisan kasut yang akan mewujudkan persekitaran yang ideal untuk bakteria membiak dan akhirnya menghasilkan bau yang kurang enak.

Bata percaya bahawa ia adalah sangat penting bagi kanak-kanak untuk mempunyai kasut sekolah yang kelihatan elok dan juga memberikan keselesaan dan sokongan kerana ini secara drastik dapat meningkatkan postur dan tumpuan di dalam kelas.

Sempena dengan musim Kembali ke Sekolah, Bata menawarkan beberapa promosi istimewa dijamin akan buat ibu bapa gembira. Di bawah tawaran Smart Combo, ibu bapa boleh membeli dua pasang kasut sekolah hitam dengan hanya RM79. Sementara itu, Bata juga menawarkan tawaran Pembelian dengan Pembelian khas di mana pengguna boleh mendapatkan beg sandang North Star dengan harga RM49 atau memilih dua stoking kembar pada harga RM29 dengan pembelian mana-mana dua pasang kasut sekolah hitam. Promo ini sah sehingga 5 Januari 2020.