Bahaya! Memegang Anak Dengan Cara Ini Boleh Memudaratkan Mereka

Pastikan anda dukung mereka dengan betul.

Menurut satu kajian, para ibu yang memegang anak mereka dengan sentuhan kulit ke kulit kurang mendapat tekanan. Namun begitu, penting sekali untuk anda tahu cara memengang bayi anda kerana ada beberapa kaedah yang boleh membahayakan kesihatan anak.

 

Memegang Bayi Di Bawah Lengan

Apabila memegang bayi, amat penting sekali untuk anda menyokong kepalanya. Bayi yang baru lahir tidak mempunyai otot leher yang kuat. Mereka boleh menggerakkan kepala secara tiba-tiba dan ini akan menyebabkan kesukaran untuk bernafas dan kecederaan jika leher bayi tidak disokong dengan betul. Bayi tidak dapat menyokong kepala mereka sendiri sehingga usia mereka mencecah empat hingga enam bulan.

Membawa Bayi Dalam Baby Carrier

Anda boleh menggunakan baby carrier tetapi perlu cara untuk menggunakannya. Perlu diingati bahawa kaki bayi harus disokong oleh carrier tersebut dan perlu dipegang dengan caa yang sama seperti ibu memegang bayi mereka. Dengan cara ini sendi akan berada di tempat asal dan tulang belakang tidak akan cedera. Jika kaki anda menjulur, ini boleh mengakibatkan penyakit pinggul yang serius seperti displasia atau dislocation.

Meletakkan Kepala Bayi Di Bahu

Jika anda memegang bayi di posisi dada ke dada, berikan perhatian kepada kedudukan wajahnya. Ia harus berada di atas bahu. Sekiranya wajah mereka terletak di bahu, ia boleh mmebuatkan mereka sukar untuk bernafas. Selain itu, sebahagian daripada pakaian anda boleh masuk ke dalam mulut mereka.

Tidak Mengubah Kedudukan

Ia sangat penting untuk mengubah kedudukan atau sisi apabila mendukung anak. Ini kerana leher bayi sangat lemat. Oleh itu, penting sekali untuk anda pastikan otot leher bayi menjadi kuat secara seimbang. Jika tidak, anak anda mungkin akan mengalami masalah untuk memalingkan kepalanya.

Tidak Menyokong Belakang Bayi

Pastikan anda tidak hanya menyokong punggung dan kepala bayi saat memegang mereka. Ini kerana terdapat risiko untuk jatuh dan kedua, tulang belakang terpaksa menampung berat badan disebabkan oleh kekurangan sokongan belakang yang betul. Jadi, penting sekali untuk anda menyokong belakang anak dengan satu tangan dan kepala mereka dengan tangan yang lain.

Memegang Bayi Dengan Wajah Menghadap Ke Luar

Jangan dukung anak dengan wajahnya menghadap ke luar (bukan menghadap dada). Posisi ini akan membuatkan anda sukar untuk mengawal mereka. Juga, ia akan menghasilkan tekanan pada tulang belakang dan kaki yang menjulur seperti mendukung bayi dengan salah dalam baby carrier. Oleh itu, lebih baik untuk mendukung bayi menghadap dada. Pastikan untuk berikan sokongan pada kaki dan belakang bayi.

Sumber: WikiHow.com, Children and youth health, babycenter.com dan eurekalert.org
Sumber Gambar: Depositphotos