Apa Perlu Dilakukan Bila Si Kecil Gigit Anak Orang Lain?

Jangan terus menghukum anak!

Kadang-kala anda sukar untuk mengawal si kecil dan mungkin kerap berhadapan dengan isu seperti anak bergaduh dengan rakan lain dan sebagainya. Tetapi kena ingat, jangan terlalu cepat menghukum anak.

gigit anak

Apa pula yang perlu dilakukan jika si kecil menggigit anak orang lain? Jangan risau, Jelita ada jalan penyelesaiannya.

  • Pastikan kedua-dua kanak-kanak selamat. Pisahkan mereka supaya kejadian yang sama tidak berulang.
  • Bertenang, elak menyalahkan atau menghukum. Walaupun anda rasa hendak marah anak kerana perbuatannya, menghukum mungkin membuatkannya lebih marah. Beritahunya akibat perbuatannya itu, contoh: “Aina menangis kerana dia dalam kesakitan.”
  • Bantu mangsa. Anak yang digigit perukan bantuan anda, pertama sekali, periksa kesan gigitan dan berikan bantuan perubatan jika perlu.
  • Berbual tentang kejadian berkenaan. Setelah kalian semua bertenang, pilih waktu yang baik untuk bertanya, “Apa adik kena buat bila Arif tidak mahu bermain dengan adik?” atau role-play supaya dia faham situasi jika digigit dan agar kanak-kanak yang mungkin mengganggunya tidak lagi mengulangi apabila anak anda tahu memberi reaksi yang betul.
Sumber Gambar: Depositphotos

Baca Juga: Cara Tamatkan Iri Hati Antara Anak-Anak