8 Tip Ini Dapat Bantu Anak Kekal Sihat

Anda perlu ambil perhatian akan kesihatan anak.

Sistem ketahanan tubuh kanak-kanak kurang matang semasa masih bayi dan ia akan berkembang seiring tumbesaran mereka. Oleh itu, sudah menjadi perkara normal jika mereka mengalami demam, selesema dan batuk.

kekal sihat

Untuk elakkan anak kerap sakit, Jelita kongsikan lapan tip mudah yang boleh anda amalkan.

  1. Pastikan anak diberi susu ibu sejak lahir lagi.
  2. Jangan bawa mereka ke pusat beli-belah pada waktu sibuk seperti musim perayaan atau jualan murah terutamanya anak yang berumur di bawah setahun.
  3. Elakkan makan di kedai yang terdapat perokok, sama ada dengan anak atau bersendirian kerana bau asap rokok yang melekat pada baju boleh membawa mudarat.
  4. Ambil imunisasi untuk melindungi mereka daripada penyakit berbahaya.
  5. Latih anak mengenai penggunaan sabun dan membasuh tangan selepas ke tandas dan usai bermain di luar.
  6. Terapkan dari awal penggunaan hand sanitizer dan bawanya setiap kali keluar rumah.
  7. Elakkan menghantar anak ke taska, sekolah atau rumah pengasuh sekiranya mereka tidak sihat bagi mengelak kanak-kanak lain dijangkiti.
  8. Mengajar anak untuk makan secara sihat daripada kecil dan mengikut piramid makanan.
Sumber Gambar: Depositphotos

Baca Juga: 5 Perkara Ibu Bapa Perlu Lakukan Untuk Elak Anak Dari Kerap Sakit