8 Perkara Perlu Elak Dalam WhatsApp Group Kelas Anak

Bukan mudah seorang guru menguruskan kumpulan Whatsapp kelas!

Teks: Fara Adilla 

Tidak mudah untuk seorang guru menguruskan kumpulan WhatsApp kelas kerana segelintir ibu bapa mempunyai banyak kerenah dan akhirnya menyusahkan kembali pihak guru. Kini sudah tiba waktu anak anda kembali ke sekolah! Zaman teknologi yang berkembang telah memudahkan manusia berkomunikasi dan hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa tidak lagi sesukar dulu.

Di sebalik kemudahan ini, ada yang kurang memahami adab malah tidak menghormati privasi dan masa orang lain. Sebagai ibu bapa, fahami guru anak anda kerana mereka juga mempunyai kehidupan dan privasi masing-masing, malah anda tidak sendirian dalam kumpulan sembang berkenaan, ada ibu bapa lain turut terbabit.

Dengan adanya sekolah yang mewajibkan guru kelas mewujudkan kumpulan sembang ini, ia lebih bertujuan menyampaikan maklumat penting berkaitan sekolah saja.

Jelita kongsikan perkara yang perlu dielakkan sebagai ibu bapa dalam group ini.

1 of 8

 

1. Elakkan berkongsi maklumat yang tidak berkaitan dengan sekolah.

Ini antara perkara yang sering disalah guna. Berkongsi maklumat itu tidak salah untuk pengetahuan ramai tetapi tidak perlu jika ia tidak mempunyai sebarang maklumat yang berkaitan dengan sekolah kerana ini boleh menganggu ketenteraman lebih-lebih lagi pada hujung minggu.

1 of 8