5 Cara Didik Anak Tentang Kewangan

Didik anak dari awal agar mereka tidak menyesal di kemudian hari.

Mari hadapi fakta ini, mengajar anak mengenai kewangan adalah sukar. Kanak-kanak belajar daripada cara anda memperlakukan mereka dan daripada apa yang mereka lihat. Anda boleh memberitahu tentang simpanan, berapa banyak yang anda mahukan, tetapi jika anda mempunyai sisi yang suka membeli-belah, kemungkinan anak juga akan mengikut jejak langkah anda. Percayalah, saya belajar ini daripada pengalaman.

Apabila anak sulung saya mula melangkah ke darjah satu, saya fikir ia adalah masa yang tepat untuk dia belajar bagaimana untuk menguruskan wangnya. Tetapi, apa yang boleh saya katakan adalah itu satu tindakan yang agak naif.

Tetapi saya sudah belajar daripada pengalaman. Melihat anak saya melalui tahun satu di sekolah rendah, berikut adalah lima perkara yang saya pelajari mengenai mengajar anak tentang kewangan:

Kanak-Kanak Perlukan Motivasi

Adalah perkara biasa untuk memberikan elaun tetap kepada anak sama ada setiap hari atau mingguan. Idea ini adalah untuk membiarkan mereka mengalami sendiri cara pengurusan kewangan dan belanjawan mereka. Elaun harian mengajar anak untuk membahagikan wang untuk membeli makanan dan minuman, sedangkan elaun mingguan membolehkan mereka menguruskan wang selama beberapa hari.

Bagi anak yang usianya lebih muda seperti anak saya, lebih baik untuk bermula dengan belanja harian kerana ia adalah kali pertama mereka menguruskan wang. Hari ini, sekolah menawarkan katering kepada pelajar di mana ibu bapa membayar sebulan tetapi saya memutuskan untuk tidak melakukannya kerana saya mahu dia untuk belajar membuat keputusan mengenai pembelanjaannya.

Sudah tentu, ia agak sukar dalam beberapa bulan pertama. Anak saya kembali dengan poket kosong setiap hari sebagai pertukaran untuk pensil yang ke 27 pada bulan itu atau pemadam Pokémon yang ke 55 (ini bukan satu cerita yang direka).

Kemudian, saya memperkenalkan satu sistem. Saya memberikannya kalendar. Setiap hari dia akan menyimpan elaunnya, kami akan menandakannya pada kalendar. Jika dia berjaya mendapatkan tanda selama lima hari, dia kana mendapat tambahan elaun untuk sehari.

Sebagai seorang kanak-kanak, anak saya masih bergelut dengan keinginan. Sejujurnya, dia tidak mempunyai lebih daripada lima coretan pada tahun 2019, tetapi dia berjaya menjimatkan purata dua hari seminggu. Dan itu adalah sesuatu yang boleh dibanggakan!

Berikan Ganjaran Untuk Mengajar Anak Nilai Wang

Sekiranya anda memberikan anak ang pau, duit raya atau wang untuk ulang tahunnya pada tahun ini, fikirkan tentang prestasi mereka sepanjang tahun lalu dan sepadankan dengan jumlah yang anda berikan. Ini secara tidak sengaja mengajar mereka hubungan antara prestasi dan ganjaran yang pada dasarnya apa yang dipraktikkan oleh pekerja.

Walaubagaimanapun, anda perlu ingat untuk mengkaji semula prestasi dan menerangkan bagaimana ia memberi kesan kepada ganjarannya. Pelajaran hidup ini adalah sesuatu yang berguna untuk anak sehinggalah mereka dewasa.

Menyokong tabiat menyimpan dan mengamalkan teori ganjaran yang diberikan kepada pekerja untuk bekerja akan menjadikan mereka memahami asas dengan cara yang lebih baik.

Biarkan Mereka Membuat Keputusan Untuk Membeli-Belah

Setiap kali saya membawa anak saya pergi bercuti atau ke pameran buku, saya cuba membiarkan anak sulung membuat keputusan sendiri mengenai pembeliannya. Sebagai contoh, saya akan memberi RM50 kepadanya dan dia akan memutuskan apa yang hendak dibeli.

Ada kalanya apa yang dia mahu beli melebihi bajetnya, jadi ia akan memberi saya peluang yang baik untuk menjelaskan kepadanya bagaimana bajet atau anggaran berfungsi.

Ia tidak semestinya akan menjadi mudah. Saya terpaksa berhadapan dengan tantrums dan air mata pada mulanya, tetapi dia sekarang tahu bagaimana bajet atau anggaran berfungsi. Setiap kali dia melampaui bajetnya sekarang, dia hanya meletakkan barang itu kembali dan mencari sesuatu yang lain dalam bajetnya. Itulah kemenangan yang manis untuk mama ini!

Ajari Mereka Untuk Sentiasa Bermurah Hati

Satu perkara yang tidak saya lakukan adalah menanamkan nilai memberi atau melakukan sesuatu untuk orang lain. Saya menghabiskan banyak masa memberi tumpuan kepada anak saya sehingga saya lupa untuk mengubahnya, buat mereka untuk berfikir tentang orang lain juga.

Saya telah belajar helah dari seorang kawan. Dia menjadikan anak-anaknya menggunakan simpanan mereka untuk membeli sesuatu untuknya setiap tahun pada ulang tahunnya. Pada mulanya, saya fikir itu tidak adil kepada mereka, tetapi setelah berfikir secara mendalam, saya rasa ia adalah idea yang genius.

Kanak-kanak secara semula jadi bersifat individualistik. Mereka tidak dilahirkan untuk berkongsi. Salah satu perkataan pertama anak saya adalah “saya!”

Bukan setakat menyuruh mereka membuat kad buatan sendiri, saya fikir ia adalah bijak untuk mengajar mereka tentang kemurahan hati dan biarkan mereka merasai sendiri kegembiraan berkongsi apa yang mereka anda untuk meraikan seseorang yang mereka sayangi.

Pada mulanya, ia mungkin kelihatan seperti ia dipaksa, tetapi itulah bagaimana kebiasaan akan terjadi. Bakal isterinya boleh berterima kasih pada saya nanti!.

Jadi Model Peranan Yang Baik

Ini adalah tip yang sangat penting tetapi paling sukar untuk dilakukan.

Ibu bapa adalah model peranan yang pertama untuk ana mempelajari kemahiran menguruskan wang. Seperti kebanyakan pelajaran hidup, apa yang kita katakan tidak seberat apa yang kita lakukan.

Tunjukkan kepada anak anda perbezaan antara keperluan dan keinginan apabila membawa mereka untuk membeli-belah. Satu paket coklat atau kerepek kentang adalah kehendak, tetapi sebotol susu untuk anak anda adalah satu keperluan.

Jelaskan kepada mereka perbezaannya, dan dengan kebiasaan ini ditanamkan dalam diri mereka, secara semula jadi anak akan melalui proses pemikiran yang sama apabila mereka perlu membeli sesuatu.

Sebagai ibu bapa, kita semua mahu memberikan yang terbaik kepada anak. Bagaimanapun, kadangkala yang terbaik mungkin bukanlah keperluan untuk anak. Bagi saya, kasih sayang yang tegas sukar untuk diamalkan tetapi amat diperlukan untuk membangkitkan generasi yang benar memahami bagaimana wang berfungsi. Mereka akan berterima kasih kepada anda apabila mereka mendapat kad kredit pertama mereka!

Sumber Gambar: Depositphotos