4 Kepentingan Merancang Kehamilan Yang Anda Perlu Tahu

Demi kesihatan, ia adalah cara yang terbaik.

Siapa yang tidak inginkan anak? Namun, ada masanya merancang kehamilan amat penting bagi mengelakkan keguguran dan kehamilan berisiko.

Berikut adalah kepentingan merancang kehamilan yang anda perlu tahu.

  1. Membolehkan pasangan bersedia daripada segi mental dan fizikal.
  2. Mengelakkan bakal ibu mengalami komplikasi akibat masalah perubahan yang kronik. Ini dikhuatiri akan memudaratkan kesihatan ibu dan anak. Wanita yang mempunyai masalah kronik tidak digalakkan untuk hamil sehingga masalah kesihatan ini berada di tahap yang stabil dan mendapat nasihat daripada pakar.
  3. Bagi mereka yang merancang digalakkan mengambil asid folik sekurang-kuranya tiga bulan sebelum hamil dan pastikan mempunyai berat badan yang ideal serta kadar hemoglobin yang sesuai.
  4. Memberikan kualiti penjagaan dan kasih sayang yang sewajarnya pada anak dan suami. Kuantiti bukan lagi menjadi keutamaan pada zaman ini. Hanya kualiti dan penjagaan sempurna yang perlu diutamakan.
Sumber Gambar: Depositphotos