Cara Lengkapkan Khasiat Buat Anak Yang Cerewet Makan

Pilih makanan yang kaya dengan bahan ini!

Itu tidak mahu, ini tidak mahu. Pening juga hendak pastikan anak yang sedang membesar dapat khasiat mencukupi untuk tumbesarannya.

jelita deposit photos picky eater

Imej: Depositphotos

Menurut Rozanna Rosly, ketua perkhidmatan dietetik, pusat pakar Universiti Malaya, tempoh seawal kelahiran sehingga dua tahun dianggap sebagai fasa pertumbuhan utama untuk otak manusia apabila diukur dari segi berat otak. “Namun, sesetengah bahagian otak tidak berkembang sepenuhnya sehinggalah kanak-kanak itu mencecah usia enam atau tujuh tahun.

“Untuk menyokong perkembangan otak, ibu bapa disyorkan untuk menyediakan diet yang berbeza dalam kandungan nutrisi kepada anak mereka bagi memastikan perkembangan dan fungsi otak adalah baik.

“Di samping itu, dalam tempoh ini, DHA memainkan peranan penting kerana asid lemak ini menyokong perkembangan otak menerusi pengambilan harian secukupnya. Memandakan tubuh anda tidak mampu menghasilkan asid lemak Omega-3 seperti diperolehi daripada sumber laut atau tumbuhan, makan anda hendaklah mendapatkan sejumlah asid lemak Omega-3 yang mencukup dalam diet anda,” jelasnya.

DHA ialah sejenis asid lemak Omega-3 yang penting bagi perkembangan visual dan otak yang optimum. Walau bagaimanapun, kajian mendapati bahawa pengambilan asid lemak Omega-3 yang terdiri daripada DHA, EPA dan ALA rata-rata masih rendah dalam kalangan rakyat Malaysia2. Di samping itu, hampir separuh daripada ibu bapa Malaysia risau akan anak-anak mereka yang cerewet dalam pengambilan makanan1.

ANAK TERLALU IKUT SELERANYA

Sementara itu, Bryan Wong, pengurus besar kelompok bagi GlaxoSmitkKline (GSK) Malaysia, Singapura dan Brunei berkata, anak mungkin cerewet soal pemakanan di mana mereka hanya memilih makanan yang serasi dengan cita rasa mereka sahaja.

“Ini akan menimbulkan kesukaran kepada ibu bapa, kerana pilihan makanan anak boleh berubah pada bila masa sahaja. Namun, sebagai ibu bapa anda perlu mengambil kira khasiat pemakanan yang diterima dan perlu memastikan anak mengamalkan diet yang seimbang setiap har,” jelasnya dalam satu kenyataan media.

“Menyedari amalan pemakanan anak anda yang sentiasa berubah, kami di GSK berbangga untuk memperkenalkan Scott’s DHA Gummies baharu dalam perisa Blackcurrant. Setiap biji Scott’s DHA Gummy mengandungi teknologi mikrokapsul yang mengandungi kebaikan DHA tanpa rasa dan bau ikan. Ini membantu kanak-kanak untuk mendapatkan khasiat yang mereka perlukan, di samping menikmati cita rasa buah yang lazat.

“Tambahan lagi, Scott’s DHA Gummies juga mengandungi Vitamin D, yang menyokong tumbesaran sihat dan pertumbuhan tulang kanak-kanak,” rumus Wong.

IKUTI PROGRAM GSK

Wong, Rozanna, Hanis Zalikha, (peragawati, pelakon dan ibu kepada dua orang anak) dan juga Yoon Ng, (pengacara radio dan ibu kepada seorang anak) telah hadir di pelancaran Scott’s DHA Gummies Perisa Blackcurrant baharu di TCE Baby Expo di MITEC. Turut bersama mereka adalah maskot Scott’s iaitu Scotty Si Ikan Kod dan Crafty Si Ketam, dan juga Pinkfong, yang mempersembahkan lagu kegemaran kanak-kanak Baby Shark.

Untuk terus mendidik kanak-kanak tentang manfaat DHA, GSK telah melancarkan Scott’s Kindergarden and Primary Scoll Outreach Program 2019 yang menetapkan sasaran lawatan sebanyak 100 tadika dan sekolah rendah di Lembah Klang menjelang Oktober 2019, lantas membawa manfaat kepada 10,800 orang kanak-kanak. Program tersebut memperkenalkan Scott’s DHA Gummies Perisa Blackcurrant baharu menerusi aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan seperti bercerita, menyelesaikan masalah dan permainan ransangan deria.

Dikenali oleh ramai ibu bapa di Malaysia, Scott’s popular dengan rangkaian produk DHA (Asid Dokosaheksanoik) seperti Scott’s DHA Gummies.

DHA ialah sejenis asid lemak Omega-3 yang penting bagi perkembangan visual dan otak yang optimum. Walau bagaimanapun, kajian mendapati bahawa pengambilan asid lemak Omega-3 yang terdiri daripada DHA, EPA dan ALA rata-rata masih rendah dalam kalangan rakyat Malaysia2. Di samping itu, hampir separuh daripada ibu bapa Malaysia risau akan anak-anak mereka yang cerewet dalam pengambilan makanan.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama bersama Pinkfong, Scott’s menganjurkan peraduan “Berbelanja & Menang” untuk pelanggan merebut peluang menjadi salah seorang pemenang bertuah untuk memenangi patung Pinkfong. Untuk

mengambil bahagian, pelanggan perlu membeli produk Scott’s dengan jumlah minimum RM50 termasuk satu Scott’s DHA Gummies Perisa Blackcurrant dalam satu resit, ambil gambar resit tersebut dan hantar gambar ke 012-202 2555 menerusi WhatsApp dengan nama penuh mengikut Kad Pengenalan. Peraduan diadakan dari 1 September 2019 hingga 31 Oktober 2019.

Baca juga: Pentingkah Perbincangan Baligh Dengan Anak Anda?