Cara Buat Anak Remaja Fokus Belajar Kala #PKP

Teroka dunia Studygram untuk kaedah belajar lebih menarik!

Mungkin anda sudah sesuaikan diri dengan normal-baru masa ini. Tapi adakah anak anda sudah petah belajar di rumah?

Bagi yang bekerja dari rumah, sejak sebulan lebih ini mungkin sudah mampu serasikan dengan keadaan dan keperluan serta tuntutan kerja.

Guru sekolah pula bertungkus-lumus sediakan bahan untuk anak-anak rujuk menerusi ruang sembang alam maya.

Namun, bagaimana hendak pastikan fokus anak tidak ‘ke laut?’

Jom ikuti apa yang dikongsikan Sahana Kaur, seorang pelajar berusia 15 tahun daripada Pulau Pinang dikenali sebagai Studygrammer. Apakah itu?

Asasnya, dia suka menulis nota pembelajaran dalam bentuk yang amat kreatif setelah mendapat inspirasi daripada masyarakat Studygram yang lain.

“Saya muka terjebak pada pertengahan 2017, apabila laman Instagram Explore mula dibanjiri dengan studygrams, dan kekemasan yang ditunjukkan menarik sisi personaliti saya yang cukup sukakan kesempurnaan.

“Lalu, saya minta ibu bapa tolong belikan alat tulis Muji supaya saya boleh buat nota artsy dan mereka bersetuju, dengan harapan obsesi baru ini akan menggalakkan saya untuk belajar bersungguh-sungguh!

“Beberapa bulan selepas itu, saya telah kongsikan hasil kerja di Instagram – lagipun, Studygrammer yang lain telah beri saya inspirasi untuk belajar, jadi saya hendak kongsikan dengan orang lain.  Dua setengah tahun kemudian dan beberapa kali menukar tema, halaman saya mendapat cukup banyak perhatian. Dan saya berasa belajar itu cukup menyeronokkan!” kongsinya kepada Jelita.

Di sini, Sahana kongsikan lima tip agar anak anda boleh fokus dan gemar belajar di rumah.

  1. Tentukan sama ada anda seorang yang suka bangun pagi atau suka berjaga malam. Saya jenis sukar bangun pagi untuk ke sekolah, apatah lagi hendak belajar secara berdikari. Jadi, sebelum sesi peperiksaan, saya akan belajar sekitar 10 malam dan berhenti kira-kira jam tiga pagi.
  2. Tetapkan sasaran! Bila anda ada senarai dan dapat lakukan satu persatu, rasanya amat PUAS HATI. Saya suka gunakan aplikasi Paper pada iPad untuk templat senarai perlu-buat. Kemudian, isi dengan tugasan dan ini bantu saya teruskan hari dengan baik.
  3. Lebih kurang sama dengan yang di atas: tetapkan jadual. Pastikan ianya realistik; tetapkan rehat pendek setiap 30 ke 60 minit selepas belajar. Saya gunakan aplikasi Paper untuk templat ini juga.
  4. Kena ada snek dekat dengan anda. Saya suka minum air coklat panas atau mengudap masa belajar. Bila menggunakan iPad untuk tulis nota dan merencana hari, saya juga pesan makanan dihantar di situ.
  5. Pastikan semua alat keperluan tersedia: buku nota, pen, tablet, komputer riba, semuanya! Ini adalah salah satu sebab saya suka gunakan iPad untuk buat nota – semuanya dalam satu gajet jadi tugasan jadi lebih efisyen. Apple Pencil boleh digunakan untuk beribu-ribu medium penulisan.

 


Tip untuk pengguna iPad, ini satu mini-hack daripada Sahana.

Gunakan fungsi Split View. Ia membenarkan anda menaip karangan pada masa sama membaca sumber boleh dipetik, menanda kertas juga merujuk kepada skema markah.

Apakah aplikasi tulis nota atau produktiviti pada iPad kegemarannya?
GoodNotes 5 FlipdPaperNotes

 

HADIAH!!

Hanya untuk pembaca HerInspirasi, anda boleh muat turun kalendar 2020 rekaan Sahana secara PERCUMA. Klik sini!

Perlukan senarai kena-buat, muat turunnya di sini!

(Kod muat turun adalah JELITA)

Anda boleh ikuti Instagram Sahana di sini. Jika anda teringin mendengar sendiri daripada anak remaja ini mengenai cara dia mengendalikan Studygram menggunakan iPad, Sahana akan bersiaran langsung di Instagram @studylahh pada jam 10 pagi, 26 April 2020. Jangan terlepas peluang menyaksikannya!