Cara Atasi Keputihan Semasa Hamil

Jaga bahagian intim anda.

Penting untuk ibu hamil menjaga bahagian sulit supaya sentiasa bersih dan bebas daripada sebarang jangkitan.

keputihan

Berikut adalah cara yang boleh anda amalkan.

  • Cuci kemaluan dari depan ke belakang setelah membuang air kecil dan bukan sebaliknya. Tindakan ini adalah untuk mencegah penyebaran bakteria.
  • Tukar pakaian dan seluar dalam setelah selesai bersenam atau membuat aktiviti yang mengeluarkan peluh.
  • Gunakan seluar dan seluar dalam daripada bahan kapas yang dapat menyerap peluh, bukannya nilon. Elakkan seluar dalam yang ketat.
  • Penggunaan sabun atau pencuci vagina perlu dipilih daripada bahan yang sesuai agar tidak menyebabkan kerengsaan pada alat sulit.
  • Selepas hubungan seksual, amalkan membuang air kecil dan cuci bahagian sulit dengan air bersih.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Baca Juga: Tiga Jenis Keputihan Tidak Normal Bagi Ibu Hamil

Sumber Gambar: Depositphotos