Cara Atasi Bengkak Kaki Ketika Hamil

Jika bengkak semakin teruk, cepat berjumpa dengan doktor.

Hampir 50 hingga 80 peratus wanita hamil akan mengalami Edema atau bengkak kaki. Cuaca panas juga mampu memburukkan lagi keadaan. Jika bengkak ini teruk di sekitar kawasan muka, tapak kaki atau tangan, cepat berjumpa dengan doktor.

Anda juga boleh cuba cara yang Jelita kongsikan ini untuk atasi bengkak kaki ketika hamil.

Elakkan berdiri terlalu lama

Semasa melakukan aktiviti harian seperti memasak, bekerja dan sebagainya, ibu hamil perlu mengelak daripada berdiri terlalu lama. Sentiasa bergerak bagi mengelak berlakunya pengumpulan darah pada kaki.

Tinggikan posisi kaki semasa duduk

Meninggikan kaki dapat membantu meancarkan peredaran darah bagi mengelakkan kaki menjadi kebas. Semasa bekerja, letakkan kaki di atas bangku rendah atau apa sahaja yang dapat membantu meninggikan kaki anda.

Lakukan aktiviti rengangan

Jika anda melakukan kerja yang memerlukan posisi duduk yang agak lama, rajinkan diri melakukan aktiviti regangan pada kaki. Caranya mudah:

  • Julurkan kaki ke arah luar dan angkatkan sedikit sebelah tumit kaki dari paras lantai.
  • Rengangkan bahagian hujung kaki (jari) ke arah atas dalam kiraan lapan.
  • Regangkan bahagian hujung kaki (jari) ke arah bawah dalam kiraan lapan.
  • Pusingkan pergelangan kaki ikut arah jam dalam kiraan lapan pusingan.
  • Pusingkan pergelangan kaki lawan arah jam dalam kiraan lapan pusingan.
  • Ulangi cara sama untuk sebelah kaki lagi.

Baring secara mengiring

Ibu mengandung perlu mengamalkan posisi tidur terbaik iaitu berbaring secara mengiring. Selaras dengan ajaran Rasulullah SAW, adalah dianjurkan supaya berbaring di atas lambung kanan (mengiring ke kanan).

Pakai kasut yang sesuai

Ketika melakukan aktiviti luar, ibu mengandung perlu bijak memilih sepatu yang bersesuaian. Elakkan kasut bertumit tinggi atau yang terlalu  ketat kerana ia akan mengganggu kestabilan dan menambah tekanan pada kaki.

Banyakkan minum air kosong

Air kosong membantu mengelak daripada dehidrasi. Ia boleh menyegarkan tubuh di samping membantu proses perkumuhan dalam badan.

Aktif lakukan senaman

Di awal proses kehamilan, ibu mengandung digalakkan melakukan senaman ringan seperti berjalan, berbasikal, berenang dan aerobik. Aktiviti air seperti merendam kaki baik untuk melegakan bengkak.

Amalkan pemakanan sihat

Tidak dinafikan seiring dengan keperluan tubuh ibu dan bayi dalam kandungan, ibu hamil memerlukan pemakanan yang sihat. Kurangkan atau jauhi makanan segera dalam tin atau makanan proses. Ambil snek sihat seperti bijirin, yogurt, minuman berjus, salad dan buahan. Pengambilan makanan tambahan berasaskan suplemen juga amat baik bagi menyokong keperluan nutrisi sepanjang kehamilan.

Sumber Gambar: Depositphotos