Bolehkah Ibu Positif #Covid19 Menyusukan Anak?

Kena tahu cara yang betul.

Wabak pandemik Covid-19 telah menyebabkan satu dunia berada dalam ketakutan.

Virus yang menyerang sistem respiratori ini boleh menyebabkan kematian. Di Malaysia sahaja sudah ada 53 kes kematian dan 3,000 kes jangkitan positif.

menyusukan anak

Wanita hamil adalah antara golongan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan virus ini. Oleh itu, pastikan anda mengamalkan langkah pencegahan ini untuk mengelakkan jangkitan.

  1. Basuh tangan dengan kerap.
  2. Jarakkan diri anda dengan orang lain terutama sekali individu yang positif Covid-19.
  3. Elak sentuh mata, hidung dan mulut.
  4. Batuk atau bersin pada bahagian dalam siku yang dibengkokkan atau pada tisu.

Bagi wanita yang menyusukan anak, anda tidak perlu risau kerana anda masih boleh menyusukan anak jika patuh dengan langkah ini.

  1. Amalkan kebersihan dan sentiasa memakai topeng hidung dan mulut.
  2. Basuh tangan sebelum dan selepas memegang bayi.
  3. Bersihkan dan disinfeksi permukaan dengan kerap.

Jika si ibu tidak sihat untuk menyusukan, dia boleh memberikan susu kepada anak dengan cara lain, termasuk:

  1. Pam susu.
  2. Relactation – proses menyambung menyusukan selepas satu waktu anda tidak menyusukan anak atau hanya sedikit sahaja susu yang dapat diberi.
  3. Menerima derma susu daripada orang lain.

Ibu positif Covid-19 dan ingin menyusukan anak perlu diberikan sokongan sewaktu proses menyusu, memegang bayi dari kulit ke kulit dan berkongsi bilik bersama bayinya.

Sumber: World Health Organization
Sumber Gambar: Depositphotos