Bapa Tukar Lampin Secara Serentak Cipta Rekod Baru

Hampir 2,000 bapa sertai cabaran menukar lampin

Hampir 2,000 bapa di Malaysia telah hadir untuk meraikan Pergerakan Huggies D.A.D.S (Dads Against Diapers that absorb Slowly) dan menyertai larian santai Huggies D.A.D.S Stroller Fun Run yang pertama, sebagai ikrar untuk menentang lampin yang lambat menyerap.

Acara tersebut sekali gus berjaya mencipta rekod sebagai “Acara Paling Ramai Bapa Menukar Lampin secara Serentak” dan dicatatkan dalam Buku Rekod Malaysia (MBR) dengan 478 bapa bersama bayi mereka.

Huggies telah menerajui pergerakan D.A.D.S bagi mengiktiraf bapa pada abad ke- 21, yang turut memainkan peranan penting dan juga aktif dalam penjagaan si manja. Pergerakan tersebut menyediakan satu platform supaya golongan bapa dapat berikrar untuk memberikan yang terbaik kepada si manja, terutamanya dalam menentang lampin yang lambat menyerap.

Kajian mendakwa kerengsaan kulit dalam kalangan bayi paling lazimnya disebabkan oleh lampin basah atau jarang ditukar. Lampin yang basah dan kotor bukan sahaja dapat mendatangkan ketidakselesaan kepada bayi semasa mereka aktif, tetapi juga menjejaskan tidur mereka dan menyebabkan ruam lampin.

Menurut Pengarah Pemasaran, Kimberly-Clark Malaysia, Martina Jezdikova, pergerakan Huggies D.A.D.S telah diilhamkan bagi mencapai matlamat tersebut dan pihak Huggies berbesar hati menyaksikan semua bapa dan keluarga datang menyokong pergerakan Huggies D.A.D.S serta menyertai larian Huggies D. A. D. S Stroller Fun Run yang pertama.

Sejak dilancarkan pada Julai 2019, Pergerakan D.A.D.S  telah menyatukan seramai 11,000 bapa di Malaysia untuk menunjukkan komitmen mereka dalam menentang lampin yang lambat menyerap, sekali gus menunjukkan bahawa tanggunjawab keluarga dalam pengasuhan bayi telah berubah.

Acara ini turut menyaksikan penyertaan daripada selebriti tempatan, media dan Influencer yang mengambil bahagian dalam acara penukaran lampin dan larian santai seperti Saharul Ridzwan yang turut bergelar bapa, telah memberikan sokongannya kepada Huggies untuk membuka tirai Pergerakan D.A.D.S, di samping menyertai larian santai dan acara mencipta rekod.

Larian stroller berjarak 3 kilometer tersebut merangkumi beberapa kios hentias interaktif, yang terdiri daripada permainan melontar gelang, susun suai gambar saiz sebenar dan satu terowong  3D. Selain mencipta rekod dan larian santai, acara tersebut juga menyediakan pelbagai aktiviti berorientasikan kelaurga seperti cat muka, kraf pembentukan belon, kios foto, dan penampilan khas Maskot Huggies.

Untuk maklumat lanjut mengenai Huggies Dry Pants, iaitu lampin seluar dengan penyerapan terpantas di Malaysia, layari www.huggies.com.my.