Virus Influenza Berbahaya, Ini 6 Gejala Yang Anda Perlu Tahu

Jangan biarkan keluarga menjadi mangsa!

Virus influenza, penyakit berbahaya yang boleh mengakibatkan kematian. Walaupun gejalanya sama dengan demam selesema, virus influenza ini berbeza dengan selesema biasa. Ia sebenarnya berlaku sepanjang tahun di kawasan tropika seperti Malaysia.  Penyakit ini juga mudah berjangkit pada anak kecil namun begitu ia boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengenal umur, jantina, taraf kehidupan atau status kesihatan.

Oleh itu, penting sekali buat ibu bapa untuk sentiasa memantau kesihatan anak. Jika anak demam, jangan ambil mudah dan hanya memberikan ubat demam biasa. Sebaiknya mereka dibawa ke klinik atau hospital agar dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Berikut adalah gejala influenza yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan sebagai panduan untuk anda sekeluarga.

Jangan biarkan demam berterusan tanpa dirawat. Segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami tanda seperti di atas.

Baca juga: 4 Langkah Mencegah Virus Influenza Daripada Menjangkiti Anda