Sukan Olimpik 2020 Ditunda Ke Tahun Hadapan Kerana #Covid19

Keputusan yang diambil adalah demi keselamatan semua pihak.

Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 202o telah ditangguhkan ke tahun hadapan kerana pandemik Coronavirus yang melanda di seluruh dunia ketika ini.

Acara sukan berprestij yang sepatutnya diadakan pada 24 Julai, kini telah ditunda “tidak lewat dari musim panas pada tahun 2021.”

Menurut Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, dia bercadang menangguhkan acara itu untuk satu tahun dan tindakan itu telah dipersetujui oleh Thomas Bach yang juga Presiden [IOC].

Acara itu masih akan digelar sebagai Tokyo 2020 walaupun ia akan berlaku pada tahun 2021.

Dalam satu kenyataan bersama, pengajur Tokyo 2020 dan IOC berkata, penyebaran wabak yang tidak pernah berlaku dan tidak dapat diramalkan ini telah menyaksikan keadaan di seluruh dunia semakin merosot dan menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Tedros Adhanom Ghebreyesus, jangkitan pandemik ini berlaku dengan sangat pantas.

Tambahnya lagi, terdapat lebih daripada 375,000 kes kini direkodkan di sleuruh dunia dan di hampir setiap negara, dan jumlah kes bertambah setiap jam dan dan berdasarkan maklumat yang diterima WHO, dia dan Perdana Menteri Jepun telah membuat kesimpulan bahawan Sukan Olimpik Tokyo mesti dijadualkan semula hingga 2021 tetapi mesti tidak lewat daripada musim panas tahun tersebut. Ini semua demi menjaga kesihatan para atlet, semua yang terlibat dalam Sukan Olimpik dan komuniti antarabangsa.

IOC telah memberikan tempoh akhir empat minggu untuk mempertimbangkan menunda acara sukan ini tetapi ada desakan yang meningkat dari kebanyak komuniti Olimpik dan atlet yang meminta keputusan di buat dengan pantas.

Kanada menjadi negara utama pertama yang menarik diri daripada kedua-dua acara pada hari Ahad, sementara pasukan balapan dan badan pentadbiran Amerika Syarikat juga telah meminta acara itu ditangguhkan.

Acara Paralimpik pula akan bermula pada 25 Ogos tetapi Presiden Paralimpik Antarabangsa Andrew Parson berkatan penangguhan itu adalah satu-satunya pilihan logik.

Sukan Olimpik ini tidak pernah ditangguhkan dalam sejarah moden yang sudah berusia 124 tahun, walaupun ia pernah dibatalkan pada tahun 1916, 1940 dan 1944 semasa Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.

Sumber Gambar: Depositphotos