SEPHORA FAHRENHEIT88 BAKAL DIGILAI PENCINTA KECANTIKAN KERANA…

Ia kini yang terbesar di Malaysia!

Jenama hub kecantikan kegemaran semua, Sephora telah melancarkan kedai flagship terbesar di Malaysia iaitu bertempat di Fahrenheit88 Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

 

Menurut Valerie Foong, iaitu Pengurus Besar Negara Sephora Malaysia, pembukaan Sephora Fahrenheit88 adalah bukti usaha yang berterusan bagi menjadikan Sephora sebagai destinasi nombor satu bagi komuniti kecantikan di Malaysia. Bukan itu sahaja, ini juga membantu mengukuhkan lagi Sephora sebagai peneraju utama peruncit kecantikan di dunia.

Berkeluasan lebih 17,000 kaki per segi, Sephora Fahrenheit88 yang bertemakan “The Largest Beauty Playground” adalah hub kecantikan yang harus anda kunjungi kerana ia:

  • MENAWARKAN LEBIH 100 JENAMA KECANTIKAN – Banyak bukan? Anda boleh memiliki pelbagai produk kecantikan yang merangkumi seleksi produk penjagaan wajah, rambut, mekap, haruman dan gajet kecantikan. Lebih menarik, bersempena pembukaan kedai tersebut, Sephora turut menawarkan sebilangan jenama eksklusif yang hanya boleh didapati di Sephora Fahrenheit88 iaitu iaitu Drunk Elephant dan Tatcha. Selain dua jenama itu, Bobbi Brown, La Mer, SK-II, Sulwhasoo, Aerin dan Maison Margiela juga boleh didapati di Sephora Fahrenheit88.

 

 

 

  • PERKHIDMATAN PERSONALISASI – Perkhidmatan ini adalah salah satu keunikan yang boleh didapati di Sephora Fahrenheit88. Antaranya Kiosk Interaksi yang memaparkan integrasi teknologi khusus untuk para pelanggan atau pengunjung yang ingin  menyemak promosi terbaru, maklumat perkhidmatan dan acara-acara di Sephora, membaca Sephora Buying Guide dan katalog Rewards Boutique serta bermain  permainan mengujakan. Selain itu, terdapat juga perkhidmatan kecantikan kulit seperti Perk Treatment by Hydrafacial  & Perk Lips — suatu rawatan khusus menyegarkan untuk  rawatan wajah dan bibir yang menggabungkan teknik pembersihan, pengelupasan dan hidrasi secara serentak. Terdapat juga Skincredible, by Sephora, iaitu  suatu khidmat analisis kulit yang menggunakan aplikasi untuk memeriksa kesihatan kulit. Perkhidmatan 15 minit ini adalah percuma dan pengguna boleh mendapat cadangan produk paling sesuai berdasarkan keadaan kulit daripada pelatih kecantikan di situ.

 

  • RUANG ISTIMEWA BEAUTY LOFT DAN SEPHORA LOUNGE – Dengan keluasan berkali ganda lebih besar daripada outlet lain, Sephora Fahrenheit88 menempatkan dua ruang istimewa di Tingkat 1. Buat pemegang Gold Member, anda boleh menikmati layanan istimewa seperti perkhidmatan membeli-belah peribadi (personal shopper) dan khidmat ukiran (engraving service) di Beauty Loft, iaitu  lounge peribadi eksklusif yang pertama di Sephora Malaysia. Selain itu di Tingkat 1 juga tersedianya Sephora Lounge, iaitu ruang khas untuk acara, dan The Studio, studio fotografi untuk digunakan oleh rakan dagangan bagi  berinteraksi dengan pelanggan dan mencipta content bagi platform sosial media.

Jangan lepaskan peluang untuk untuk kunjunginya, kerana Sephora Fahrenheit88 kini telah pun dibuka kepada orang ramai bermula 18 Januari 2020!