Senarai Selebriti Popular Yang Menderma Untuk Menentang Covid-19

Selebriti berjiwa besar.

Penyebaran berleluasa wabak Covid-19 di seluruh dunia membimbangkan semua pihak sehingga ada negara yang diarahkan untuk bekerja dari rumah dan kuarantin diri. Langkah ini tentu sekali melumpuhkan ekonomi sesebuah negara dan segala perniagaan ditutup. Kajian serta langkah menghapuskan Covid-19 memerlukan dana yang tinggi.

Jadi beberapa selebriti terkenal dunia mengambil langkah mendermakan wang sebagai salah satu langkah meringankan beban seluruh dunia. Tahniah dan terima kasih Jelita ucapkan kerana dengan bantuan ini, diharap kajian mendalam untuk menghapuskan Covid-19 berjalan lancar. Siapakah selebriti yang menderma itu?

Featured Photo: depositphotos.com

1 of 7

Ryan Reynolds dan Blake Lively

Pasangan selebriti berpengaruh Hollywood, Ryan dan Blake menderma satu juta dolar kepada Feeding America dan Food Bank Canada. Sumbangan itu akan dibahagikan sama rata kepada kedua-dua organisasi itu kerana Blake berasal dari Amerika Syarikat dan Ryan dari Kanada.

Sumbangan itu khusus untuk rakyat yang kesempitan duit untuk membeli makanan ketika proses kuarantin di rumah yang menjejaskan kerja mereka.

1 of 7