Selena Gomez Dirakam Guna Telefon Pintar

Hebat, rakam muzik video hanya menggunakan iPhone 11 Pro

Sememangnya memukau, Selena Gomez telah mengeluarkan lagu baru yang sangat dinantikan peminat seluruh dunia. Lagu baru itu memfokuskan kepada sayang atau cinta kepada diri sendiri dengan tajuk, “Lose You To Love Me” dan ia boleh di dapati melalui platform digital melalui Interscope Records.

Selena telah menulis lagu ini dengan kerjasama bersama Julia Michaels dan Justin Tranter serta Mattias Larsson dan Robin Fredriksson dengan produksi tambahan, FINNEAS.

“Lagu ini diilhamkan oleh banyak perkara yang telah berlaku dalam hidup saya sejak mengeluarkan album terakhir saya. Saya fikir ia amat penting untuk berkongsi muzik, kerana saya tahu banyak yang boleh dikaitkan dengan kenyataan bahawa perjalanan menuju penemuan diri sendiri secara umumnya melalui kisah duka yang berlaku dalam kehidupan seseorang. Saya mahu pendengar dipenuhi dengan harapan dan tahu bahawa mereka akan menjadi lebih kuat dan lebih baik daripada sebelumnya.”- Selena Gomez.

Video muzik untuk lagu ini pula telah diarahkan oleh Sophie Muller yangturut mengarahkan video muzik Selena, Good For You. Menariknya, video muzik ini dirakam sepenuhnya menggunakan iPhone 11 Pro. Hebat, kan?

Awal tahun ini, Gomez muncul dalam “I Can’t Get Enough” dengan Benny Blanco, J Blavin dan Tainy. Pada tahun 2018, dia telah berkolaborasi dengan DJ Snake, Ozuna dan Cardi B dalam lagu hit, “Taki Taki” yang menjadi salah satu video terpantas untuk mencapai lebih daripada 1oo juta tontonan. Lima lagunya, “It Is not Me” dengan Kygo, “Bad Liar,” “Fetish,” Wolves” x Marshmello dan “Back to You” semuanya telah disahkan platinum RIAA atau multi platinum. Sebagai arits solo, Selena Gomez telah mengumpulkan lebih daripada 20 bilion aliran global.

Pada akhir tahun 2017, Selena Gomez telah dinamakan sebagai “Wanita Terbaik Tahun Ini.” Pada tahun 2015, Selena Gomez mengeluarkan album Revival yang terkenal. Tiga lagu album tersebut “Good For You,” Love Old Love” dan “Hands to Myself” menjadi nombor satu di carta Amerika Syarikat Top 40. Selena Gomez adalah salah satu daripada enam artis wanita yang mempuyai sekurang-kurangnya tiga lagu dari satu album mencapai kedudukan nombor satu sejak carta dilancarkan pada tahun 1992.

Selain itu, turut menjadi Penerbit Eksekutif dalam sebuah siri dokumentari yang bertajuk, “Living Undocumented” yang terkenal dengan kritikan dan menimbulkan banyak perbincangan mengenai isu polarisasi pendatang tanpa izin yang tinggal di Amerika Syarikat.

Awal tahun ini, Selena turut membintangi filem Jim Jarmusch, The Dead Don’t Die bergandingan dengan Bill Murray dan Adam Driver yang telah ditayangkan di Festival Filem Cannes 2019.