Seleksi Produk Cantik Bulan Ini

Naikkan seri penampilan dengan ini!

Inilah masanya untuk anda tolak tepi produk cantik yang mungkin sudah kehabisan ataupun tamat tarikh luputnya.

Setiap bulan dan musim, produk cantik tidak pernah sunyi, ia sentiasa hadir dengan rangkaian baru atau formulasi yang lebih unggul untuk memeriahkan diari cantik anda.

Ayuh semak apakah produk cantik terkini yang boleh dijadikan sebagai koleksi peribadi anda bulan ini.

1 of 11

 

 

Sisley Phyto Hydra Teint Beautifying Tinted Moisturizer, RM410

Kenapa perlu guna ‘banyak’ produk jika anda boleh dapatkan hasil yang sama dengan hanya satu produk sahaja? Wanita masa kini mencari solusi cantik yang lebih mudah dan pantas. Krim pelembap berwarna ini hadir dengan tekstur yang ringan dan halus, ia mudah untuk meresap ke dalam kulit agar kompleksi kulit tidak berminyak serta melekit. Rumusan alami seperti esktrak bunga lili putih dan kiwi membantu menjadikan tekstur kulit lebih lembut dan yang paling penting menaikkan seri penampilan wajah.

1 of 11