Repvblik & Friends Malaysia Tour 2019

Acara untuk pencinta muzik Indonesia dan Malaysia.

Khusus buat penggemar muzik tempatan dan Indonesia, anda bakal disajikan dengan hiburan menggegarkan tidak lama saja lagi! A Loud Nation Entertainment Sdn Bhd akan membawakan band terkenal Indonesia iaitu Repvblik ke Malaysia sempena konsert Repvblik & Friends Malaysia Tour 2019. 

Gandingan Mantap

Cukup terkenal dengan lagu Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga, band Repvblik yang berasal dari Bogor, Indonesia ini sudah menempa nama luar biasa di Malaysia. Band ini juga hadir dengan lagu Aku Takut yang telah mendapat 183 juta tontonan di Youtube! 

Repvblik

Diberi nama Repvblik & Friends Malaysia Tour 2019, konsert berskala besar ini pastinya menjadi satu lagi titik tolak untuk perkembangan karier muzik Repvblik di negara luar. Mereka siap untuk menjelajah Malaysia bermula 18 Disember 2019 ini yang bertempat di KL Live. Selain itu, konsert ini juga bakal disertai dua pemuzik hebat iaitu pertama adalah Andmesh yang terkenal dengan lagu Cinta Luar Biasa. Satu lagi adalah band popular Malaysia iaitu Floor 88. Mereka akan menjadi teman Repvblik yang akan memberi suntikan luar biasa pada konsert itu nanti.

Floor 88

Jelajah Malaysia

Tidak berhenti di Kuala Lumpur, Repvblik & Friends Malaysia Tour 2019 akan menuju ke Selatan tanah air iaitu Johor Bharu pada 20 Disember 2019. Konsert berkenaan akan diadakan di Persada Johor dan masih mengekalkan gandingan Andmesh dan Floor 88. Seterusnya, pada 22 Disember, mereka akan terbang ke Sabah pula. Namun, konsert di Sabah akan berlangsung dengan gandingan teman yang berbeza. Pengumuman lanjut akan diberikan pada pertengahan November nanti.

“Kami berbesar hati membawa Repvblik ke tiga destinasi di Malaysia kerana yakin muzik mereka dapat menambat hati ramai. Repvblik & Friends Malaysia Tour 2019 yang menggabungkan Repvblik bersama Andmesh, Floor 88 dan Jaz Hayat adalah sebuah bonus kepada semua. Pada harga yang sangat berpatutan, anda boleh menikmati karya muzik daripada beberapa artis hebat dalam satu konsert,” jelas Pengarah Urusan A Loud Nation Entertainment Sdn Bhd.

Pembelian tiket dibuka pada 1 November 2019 dengan harga tiket untuk Kuala Lumpur dan Johor Bharu adalah RM188. Tiket early bird pula dibuka pada 25 Oktober 2019 dengan harga RM148.

Anda boleh lakukan pembelian di www.myticket.asia atau boleh hubungi +603-86050195.