Raikan Cinta Dengan Lima Haruman Indah Ini

Seleksi ini pasti menambat hati.

Tidak lengkap rasanya penampilan tanpa semburan haruman pilihan. Bukan sahaja buat diri kita lebih wangi, orang yang berada sekeliling turut selesa malah ia membantu meningkatkan keyakinan diri.

Ini adalah lima haruman menarik yang anda boleh cuba untuk serlahkan penampilan dan eratkan lagi kasih sayang bersama yang tercinta.

1 of 5

Bath & Body Works A Thousand Wishes

Rangkaian ini antara yang menjadi pilihan dan terlaris di Bath & Body Works. Kali ini, ia tampil dengan konsep packaging yang lebih menarik dan eksklusif. Berbicara tentang aroma, anda pasti jatuh cinta dengannya. Nota utamanya dihiasi dengan bungaan peoni dan kayu ambar, mencetuskan sensasi aroma segar lagi manis. Sempurna untuk membelai tubuh, rangkaian ini lengkap dengan Eau De Parfume, Glowing Body Scrub, Bubble Bath, Shower Gel, Body Lotion, Body Cream dan Fragrance Mist.

1 of 5