Rapikan Rerambut Halus Dengan Lebih Mudah & Cepat

Cuba rawatan AFT, ia tidak sakit dan lebih mudah!

Jaga kebersihan dan kecantikan dengan merapikan rerambut halus pada anggota badan menggunakan rawatan AFT, di Strip Ministry of Waxing.

Setiap wanita mempunyai cara tersendiri menangani masalah rerambut halus pada anggota badan. Betul, bukan? Ada sesetengah wanita suka dengan cara mencukur iaitu lakukan  sendiri di rumah dan ada juga yang gemar ke pusat kecantikan dan menyerahkan kepada terapis untuk lakukannya.

Apa kata anda cuba rawatan moden yang kian mendapat tempat di dalam dunia kecantikan iaitu AFT ( Advanced Fluorescence Technology). AFT bukan satu rawatan laser, ia adalah teknologi dipatenkan yang mempunyai keupayaan canggih untuk mencapai rerambut sehingga ke permukaan kulit dan menyingkirkannya secara optimum agar permukaan kulit lebih lembut, licin dan paling penting, bersih.

Bukan itu sahaja, AFT juga tidak mengambil masa yang lama, hanya sekitar 20 hingga 30 minit sahaja. Proses untuk bulu kembali tumbuh juga mengambil masa sedikit lama berbeza dengan langkah bercukur. Penulis pasti anda semua pasti tahu, jika kita mencukur bulu atau rerambut halus tidak kiralah pada bahagian mana, bulu akan kembali tumbuh dalam masa dua atau tiga hari selepas itu dan permukaan kulit menjadi lebih kasar.

Rawatan AFT dapat menghapuskan sehingga 80% rambut dengan keselesaan maksimum. Hampir setiap bahagian badan boleh dirawat dengan AFT termasuk kaki, bahagian intim, belakang badan, bawah lengan dan lengan, bahagian atas bibir, dan lain-lain. Dengan 12 sesi rawatan, pengguna boleh menikmati pengurangan rambut selama dua tahun atau lebih lagi.

Bagaimana AFT Berfungsi? 

Penulis telah dijemput untuk melakukan sesi reviu menggunakan AFT pada bahagian intim di Strip Ministry Plaza Arkadia. Sebaik sahaja sampai, saya dikehendaki untuk mengisi borang maklumat diri. Jika anda mempunyai sebarang alahan atau masalah, anda boleh utarakannya kepada terapis. Langkah pertama adalah, terapis akan meletakkan bedak tabur atau polos pada bahagian yang ingin dilakukan rawatan. Kemudian, rerambut halus akan dicukur menggunakan pisau cukur. Selepas dirapikan semua, terapis akan menyapukan gel dingin pada bahagian yang telah dicukur tadi. Terapis akan menggunakan mesin AFT dan gosok perlahan-lahan pada bahagian tersebut berulang kali sehingga habis masa yang telah ditetapkan pada mesin itu.

 

Anda boleh mencuba rawatan AFT eksklusif ini di STRIP dengan harga sementara yang disediakan untuk masa terhad dan untuk penebusan sekali oleh pelanggan AFT yang datang buat kali pertama. Harga di bawah adalah untuk satu sesi; tertakluk kepada terma dan syarat lain.

AFT Bawah Lengan untuk wanita dan lelaki pada harga RM68 dan RM88 masing-masing (Harga Biasa: RM450 / RM585)

AFT Brazilian pada harga RM188 dan AFT Boyzilian pada harga RM288 (Harga Biasa: RM900 / RM1,170)

AFT Separuh Kaki Bahagian Bawah untuk wanita dan lelaki pada harga RM288 dan RM388 masing-masing (Harga Biasa: RM900 / RM1,170)

Baca juga: Pergi Ke Spa Waktu Haid? Apa Anda Kena Sediakan.