Produk Cantik Harus Cuba Tahun Baru 2020

Jangan lupa untuk serikan wajah anda dengan seleksi produk ini.

Tahun 2020 dimeriahkan dengan pelbagai produk cantik untuk anda serikan lagi wajah dan penampilan. Hanya tahu apa yang kulit anda perlu, dan berani bereksperimen dengan warna, penampilan anda kekal menawan setiap masa.

1 of 6

Fenty Beauty Snap Shadows Mix & Match Eyeshadow Palette, RM110

Palet pembayang mata terhangat 2020! Hadir dengan lapan palet yang setiap satunya mempunyai enam rona yang berbeza dan memukau untuk solekan mata anda. Enam warna itu dipilih sendiri oleh Rihanna, yang mana anda boleh suai dan padan kerana setiap satunya cantik dan menarik.

1 of 6