#COVID19: Pesakit Positif Covid-19 Kongsi Kisah Bagaimana Dijangkiti

Semuanya bermula selepas bersalaman dengan yang dijangkiti.

Bagaimana agaknya perasaan menjadi pesakit positif Covid-19? Tak dapat nak dibayangkan perasaan sedih dan trauma ketika dijangkiti. Jelita berjaya mengesan salah seorang pesakit virus kejam ini yang kini dalam proses penyembuhan. Menerusi Instagram story, pemilik akaun tersebut yang dikenali sebagai Adnan Faisal berkongsi kisah sepanjang proses dia dikuarantin.

Menurut Faisal, semuanya bermula apabila dia bersalaman dengan pesakit positif Covid-19 yang ketika itu tidak mengetahui dirinya sedang membawa virus itu. Faisal menghadiri majlis pernikahan abangnya dan dipercayai sepupunya yang sebelum itu menghadiri perhimpunan tabligh bersalaman dengannya.

Faisal kemudian dikatakan tidak membasuh tangan dan terus menjamah makanan kenduri. Menerusi kronologi yang dikongsi Faisal, majlis itu berlangsung pada 6 Mac lalu. Tiga hari selepas itu, sepupunya disahkan positif Covid-19 namun Faisal tidak mengetahui berita itu. Simptom bermula pada hari keempat, 10 Mac apabila Faisal demam panas sehingga isterinya yang tidur ketika itu terjaga kerana merasai bahang tubuhnya.

Namun keesokan harinya, demam telah surut dan kembali panas selang sehari tetapi kali ini, gejala sakit perut dan pening muncul. Gejala sakit tekak dan tekak kering muncul selepas itu sehinggalah Faisal mengalami sesak nafas, sakit otot dan batuk. Faisal kemudian ke Hospital Kuala Lumpur untuk mebuat ujian saringan sehinggalah disahkan positif pada 18 Mac dan dikejarkan ke hospital pada malam itu.

Faisal juga membuka ruang untuk sebarang pertanyaan di ruang Instagram Story miliknya. Di bawah adalah kronologi penuh yang dikongsi Faisal tentang bagaimana dia dijangkiti:

6/3 – Majlis Nikah Abang Saya (contact dgn sepupu jauh yang hadir ijtimak jemaah tabligh)
7/3 – Majlis Walimah.
8/3 – Santai di apartmen berdekatan dewan majlis.
9/3 – Sepupu jauh warded lepastu positive (tapi kita sekeluarga taktau lagi).
10/3 – Saya demam panas smpai isteri saya terbangun sbb kepanasan tu.
11/3 – Demam kembali pulih.
12/3 – Demam balik tapi tk panas sangat. Pening dan sakit perut.
13/3 – Demam dah okey. Tpi rasa tk sedap badan. Perut sakit.
14/3 – Demam okay. Tapi masih rasa bitter di tekak dan tekak cepat kering.
15/3 – Sama jgk keadaan tu.
16/3 – Sesak nafas serta batuk. Sakit Sendi dan otot. Atok warded sbb lemah.
17/3 – Sesak nafas meningkat. Tak panas tapi berpeluh. And peluh yg keluar rasa sejuk. Pagi pegi HKL tk boleh test sbb tkde contact dgn org positif. Balik ke rumah. Ptg ayah call ckp pasal sepupu jauh yg positif. Bergegas ke HKL hntr sample. Isteri (HKL) & Umi (Permai JB) masuk isolated ward.
18/3 – pagi sesak nafas meningkat. Tido asyik terjaga. Ptg pegi HKL tapi kena halau sbb tk keluar result lagi. Malam KKM call positive. Diangkut naik ambulance selepas 30mins terima call. Alhamdulillah dpt ddk sebilik dgn isteri. 

Kalau positive cepat cepat inform family and org yg kita ada jumpa sebelum positive. Supaya kita boleh stop COVID19 from spreading. Tapi apa apa pun, segala berlaku atas izin Dia. Dan apa yg berlaku adalah yg terbaik kerana dia adalah yang Maha Baik – Faisal Adnan

Foto/Sumber: Instagram.com/adnanfaisalofficial/