Nikmat Tidur Selesa di YotelAir Singapura

Inap sementara di lapangan terbang.

Sekiranya anda singgah ke bumi Singapura untuk perjalanan singkat, anda boleh cuba menginap di YOTELAIR Singapore Changi Airport! Berlokasi di tingkat empat, Lobby H Jewel Changi Airport, hotel ringkas ini sememangnya tidak mengecewakan. Direka penuh moden, ia memberi anda pengalaman menginap dalam kabin yang selesa, selain menjadi lokasi terbaik untuk anda segarkan tubuh setelah penat mengembara atau sementara menunggu untuk terbang ke destinasi lain.

YOTELAIR ini hadir dengan 130 kabin dengan dua pilihan kabin iaitu Premium Queen Cabin yang sesuai untuk dua orang dan juga Family Cabin yang boleh memuatkan empat orang.

Apa yang anda boleh harapkan di YOTELAIR Singapore Changi Airport adalah:

  • Kiosk daftar masuk dan keluar.
  • Boleh menempah masuk sekurang-kurangnya selama empat jam, dengan waktu daftar masuk dan keluar adalah terbuka yang memberi kemudahan kepada pengembara.
  • KOMYUNITI, iaitu lokasi santai yang menyediakan snek serta minuman ringan dan dibuka 24 jam setiap hari.
  • Gimnasium yang dibuka 24 jam.
  • SmartBed yang sangat selesa dan menjimatkan ruang.
  • Mood pencahayaan kamar yang boleh diubah.
  • Kemudahan Smart TV.
  • Kemudahan wifi percuma yang laju.
  • Tempat mengecas gajet.
  • Kabin mandi dengan rain shower.

Untuk dapatkan maklumat lanjut atau melakukan sebarang tempahan, anda boleh layari https://www.yotel.com/en/hotels/yotelair-singapore-changi-airport.

1 of 8

Ruang masuk dan lobi yang ringkas lagi moden.

1 of 8