Marsha Milan Hiasi Jelita Edisi Februari/Mac 2020

#MisiJelita2020: Ketahui cara laksanakan impian anda!

Edisi pembuka tahun 2020 bagi Jelita kali ini mengetengahkan Marsha Milan untuk muka depan.

majalah jelita februari mac 2020 marsha milan

Berkongsi cerita tentang cara dirinya menyesuaikan diri berkahwin campur, duduk sekali dengan keluarga mentua dan akrab pula. Pada masa sama, Marsha turut berkongsi kehidupannya sebagai orang baru dalam agama Islam, betapa bertuahnya dapat ke Tanah Suci untuk mengenali agama ini. Cabaran memeluk agama Islam sudah tentu tidak lari jauh daripada dirinya, lantas dia bercerita dengan Jelita bagaimana proses mendekati dan memeluk Islam berlaku padanya.

Selain itu, ruang kecantikan pula berkongsi produk rias dan penjagaan wajah serta tubuh terkini sesuai untuk enam jenis wanita yang pastinya, satu daripadanya dekat dengan diri anda. Juga, resolusi kecantikan tahun ini yang wajar anda tahu dan amalkan. Apakah amalan yang anda tidak boleh tinggalkan? Apakah rutin yang anda kena berikan lebih masa? Juga, produk terbaru di pasaran yang amat mengujakan!

Fesyen menghimpunkan aksesori kegemaran yang wajar anda miliki bulan ini. Lihat juga rencana berkisar pahit maung Christina Ng, yang membawa koleksi jenama ini ke pasaran. Bagi yang meminati cetakan haiwan, sebagai wanita Jelita, bagaimana anda boleh jayakannya? Apa pula kesannya jika anda menyarung saiz coli yang salah? Buka ruang Fesyen untuk ketahuinya.

Sentiasa bermain di fikiran akan peranan suami dalam melunaskan kerja rumah? Ustazah Nurul Hidayah Kamarudin dari Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) berkongsi pandangan.

Semua ini dan banyak lagi dalam Jelita edisi Feb/Mac 2020.

Ikuti lama sosial media Jelita! Instagram: @majalahjelita. Youtube: Majalah Jelita TV. Facebook: Majalah Jelita