Mainan Warna Solekan Untuk Amatur

Cuba langkah mudah ini untuk kemasan solekan sempurna.

Bagi amatur yang baru berjinak ingin merias wajah, fokus pada langkah solekan asas dengan penggunaan produk dan berus yang betul.

Langkah-langkah:

HIDRATKAN KULIT: Sebelum memulakan solekan, lembapkan kulit wajah dengan penggunaan krim pelembap dan primer agar tampak segar.

 

BINA ASAS SOLEKAN: Cipta asas solekan dengan aplikasi bedak asas cecair dan penyamar noda. Lengkapkannya dengan olesan bedak polos untuk mengurangkan kilat.

SERLAHAN PIPI:  Kemudian, sapukan pemerah pipi dan highlighter pada tulang pipi untuk menyerikan kanvas solekan.

KELOPAK MATA PASTEL: Latari kelopak mata dengan aplikasi pembayang mata berona lembut. Usah campurkan dengan banyak rona jika anda belum mahir mengadun, takut terlihat tidak kena dan bersepah.

Boleh cuba:

Real Techniques Everyday Essentials Set, RM149.90

Apa kata anda?

“Penggunaan warna solekan yang minimal dan manis. Tidak terlalu berat dan ia nampak semula jadi dengan tona kulit saya. ” – Bella Rahman, 25