Luahan Hati Ibu Perogol Bersiri, Reynhard Sinaga

"Dia anak yang baik".

Ibu mana yang tidak sayangkan anaknya. Walau sejahat mana perilaku anak, kasih sayang seorang ibu tiada tolok bandingnya. Hancur hati ibu kepada perogol bersiri, Reynhard Sinaga,  apabila mengetahui anaknya ditahan kerana telah merogol lebih 159 lelaki muda di Manchester, England.

Reynhard, 36,  yang berasal dari Jambi, Indonesia dikatakan telah meletakkan dadah dalam minuman sebelum merogol mangsa-mangsanya ketika dalam keadaan pengsan. Reynhard dipercayai mencari mangsanya di kelab malam dan mengumpan mereka dengan menginap di apartmentnya.

Lebih menjijikkan, Reynhard juga merekod video merogol mangsa-mangsanya dan menyebarkannya di aplikasi WhatsApp. Menerusi laporan, Reynhard juga tidak menggunakan kondom ketika merogol dan kesemua lelaki malang itu adalah di kalangan berusia muda.

1 of 4

1 of 4