Legoland lancar program pendidikan Sea Life untuk anak anda!

Destinasi mesra keluarga dan pendidikan sesuai buat anda sekeluarga!

Taman tema Legoland adalah lokasi menarik untuk bawa anak anda bercuti sambil belajar! Taman tema yang penuh dengan pelbagai aktiviti untuk mengembangkan lagi kreativiti dan pengalaman anak anda sebagai pembelajaran di luar kelas sejajar dengan kurikulum sekolah.

Legoland Malaysia Resort memperkenalkan program pendidikan Sea Life dengan sokongan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh itu, Legoland memberi 10,000 tiket percuma kepada murid dan guru di sekolah pedalaman agar mereka mendapat manfaat daripada pengalaman pendidikan interaktif yang menarik.

“Legoland yang sering mementingkan pendidikan untuk setiap perkara yang kami mahu lakukan agar selari dengan ‘belajar melalui permainan’. Selain itu, Legoland turut mengembangkan jangkauan kami ke sekolah di seluruh negara dengan bas Eduplay Express kami. Bas ini membawa program pendidikan kami secara langsung kepada pelajar dan menawarkan mereka platform interaktif pembelajaran luar kelas yang menarik. Bas kami telah melawat lebih 1,000 sekolah di Semenanjung Malaysia sehingga kini dan jumlah ini semakin berkembang” kata Cik Thila Munusamy, Pengarah Jualan dan Pemasaran Legoland Malaysia Resort.

Yang Berusaha Tuan Hj Azman bin Adnan, Pengarah Jabatan Pendidikan Johor menerima 10,000 tiket bagi pihak sekolah terpilih dari YBhg. Dato ‘Dr Mohd Gazali Bin Abas, Setiausaha Agung, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Cik Thila Munusamy, Pengarah Jualan & Pemasaran, Legoland Malaysia Resort.

Antara aktiviti daripada program pendidikan tersebut adalah:

  1. Ahli biologi marin– Kanak-kanak berpeluang menjadi ahli biologi marin selama sehari melalui aktiviti seperti menggunakan mikroskop untuk memerhati mikroorganisma.
  2. Mari bina rantai makanan– Kanak-kanak mempelajari tentang rantai makanan mengikut kreativiti sendiri untuk membina dalam versi Lego.
  3. Mengapa kitar semula memberi kesan pada hidupan marin– Kanak-kanak akan belajar tentang kitar semula dan impak pencemaran alam semula jadi dengan pengalaman yang lebih menyeronokkan.

YBhg. Dato ‘Dr. Mohd Gazali Bin Abas, Setiausaha Agung, Kementerian Pendidikan Malaysia semasa lawatan ke SEA LIFE Malaysia dan program pendidikan.