Kuasa Kuad Kamera untuk Fotografi Hebat

Serba canggih dalam harga mampu milik.

Tercari-cari telefon pintar yang tidak menyusahkan poket anda? Namun, masih mampu memberikan khidmat terbaik dan memenuhi segala keperluan serta kehendak anda?

Ayuh lihat gajet terbaharu daripada realme ini! Ditawarkan pada harga mampu milik iaitu RM1,099, realme 5 Pro yang dikuasakan oleh Snapdragon 712 AIE ini hadir dengan rekaan diamond cut dalam binaan rona hijau kristal dan biru yang menawan.

Hasil Foto Mengagumkan

Untuk pengalaman fotografi yang hebat, telefon pintar ini mengangkat kuasa kuad kamera dengan kamera utama 48MP Sony IMX 586, 8MP lensa ultralebar, 2MP lensa makro dan 2MP lensa bokeh. Mudah untuk anda dapatkan hasil gambar indah setiap kali ingin merakamkan pemandangan kala bercuti, mengambil gambar makanan mahupun merakamkan foto insan yang tersayang.

realme 5 Pro berupaya mengambil gambar dengan baik dalam apa situasi sekali pun – tidak kira siang atau malam!

Ia juga bergandingan bersama kamera hadapan 16MP Sony IMX471 AI yang pastinya memberikan hasil swafoto yang menawan. Selain itu, gajet ini juga menyediakan dua slot kad SIM dan satu slot kad mikro-SD. Semuanya boleh anda gunakan secara serentak.

Untuk info lanjut, anda boleh layari https://www.realme.com/my/.